Daisypath Wedding tickers

Rabu, 25 Februari 2009

BERMULANYA DE CLASSAFLORA





Hari ni aku nak cerita sikit bagaimana penglibatan aku dan suami dalam bidang ini. Hemm...bila dihitung-hitung, diingat-ingat kembali pejam celik-pejam celik sudah hampir 9 tahun di dalam dunia perniagaan dan sudah tentunya perkahwinan aku sudah menjangkau hampir 10 tahun....Alhamdulillah.
Sebetulnya tiada sebarang perbincangan atau perancangan antara kami suami isteri tentang perniagan ini...ia berlaku mungkin secara kebetulan atau minat pada asalnya....dan suami ku memang seorang yang kreatif berbanding aku....

Ketika itu aku masih di dalam pantang, kelahiran anak pertamaku...biasalah kalau berpantang pastilah ingin ibu yang menjaga kita dan aku pun pulang ke kampung sebaik keluar dari hospital. Genap 40 hari berpantang aku kembali ke KL dan suami memberi tahu telah menyewa sebuah stall di tingkat 1, Ampang Point untuk menjual bunga dan diberi nama De Classaflora. Mungkin agak pelik namanya tetapi ia adalah gabungan dari perkataan Class A Flora. berbekalkan sedikit modal dan berkongsi dengan kakak iparku, perniagaan kecil-kecilan ini bertahan setahun. Alhamdulillah...kami terima banyak tempahan dan punyai ramai pelanggan tetap. Cuma agak sukar mencari bekalan bunga pada waktu itu, maklumlah berniaga kecil-kecilan mana ada supplier yang mahu singgah untuk menjual produk mereka....jadi terpaksalah kami menyelak sehelai demi sehelai yellow pages untuk mendapatkan alamat dan nombor telefon pemborongnya, turun ke Ipoh kerana di sana terdapat satu kedai bunga yang meletakkan harga murah untuk peniaga-peniaga dan adakalanya kakak ipar ke China, Korea atau Thailand, jadi dapatlah sedikit stok yang berbeza.


Genap setahun, kami berdua cuba mencari lokasi lain yang lebih besar, kebetulan kakak ipar juga sudah tidak berkongsi lagi, mungkin sewa juga lebih mahal dari sebelumnya tetapi itulah hakikat yang harus diterima. Kedai kedua bertapak di @home (kedai perabot, sekarang sudah menjadi bangunan Gulati's), walaupun di luar bangunan Ampang Point tapi masih berdekatan, Alhamdulillah, ramai pelanggan di situ. Beroperasi di situ, kedai bunga ku sudah banyak pilihan yang boleh dipamerkan berbanding sebelumnya, apatah lagi pemborong2 juga datang sendiri menunjukkan katalog-katalog mereka tanpa diundang.


Di sini jugalah bermula detik pertama kami menawarkan pakej perkahwinan apabila seorang pelanggan setia kami ingin mengahwinkan anak perempuan tunggalnya dan memberi sepenuh kepercayaan kepada suami dan aku. Dengan rasa sedikit debaran, suami melakar dan menempah set pelamin untuknya berdasarkan rujukan-rujukan yang dibuat pada beberapa majalah...Alhamdulillah, ia berhasil dan cukup memuaskan hati pelanggan kami.


Genap setahun, kami berpindah kedai lagi, kali ini kembali ke Ampang Point apabila kakak suami yang menyewa kedai di situ mengajak berkongsi kedai dengannya. Kakak iparku yang menjual aksessori hanya memerlukan ruang yang sedikit untuk mempamerkan barangnya, jadi selebih ruang itu digunakan untuk mempamer bunga-bungaan serta barang hantaran dan doorgift perkahwinan.

Memandangkan tempahan dan juga sambutan yang begitu menggalakkan aku mengambil keputusan berhenti kerja untuk menumpukan perhatianku di dalam bidang ini walaupun punya seorang staff. Beberapa bulan selepas itu suami pula meletakkan jawatan di pejabatnya dan turut memberikan 100% perhatian kepada De Classaflora.



Tahun 2003 sekali lagi memberi tuah kepada kami suami isteri apabila mendapat kontrak penghantaran bunga segar ke pejabat2 petronas, tatkala itu aku sedang hamil anakku yang kedua....itulah tuah anak namanya. Kami mengambil keputusan menghentikan sementara perkhidmatan membuat pelamin memandangkan menggubah bunga untuk Petronas mengambil masa 2-3 hari termasuk penghantaran ke setiap tingkat. Ketika itu kedai hanya mengambil tempahan hantaran dan juga cenderahati, dan setiap Sabtu dan Ahad aku dan suami akan menggubah bunga Petronas di rumah.



Empat tahun bertapak di Ampang Point kami mengambil keputusan berpindah kedai. Kali ini lokasinya di Taman Dagang Ampang. Bertempat di G11, shoplot ini sebenar masih baru dibuka, risikonya tiada pelanggan yang lalu lalang di situ...tetapi, kalau terus di Ampang Point duit keuntungan habis untuk membayar sewa yang makin meningkat 20% yang mencecah 6K.



Sehingga kini De Classaflora beroperasi di Dagang Avenue...Alhamdulillah syukur kepada Allah SWT kerana memakbulkan doa kami....selepas tamat kontrak dengan Petronas perjalanan kami sebagai wedding decorater, bermula kembali. Ramai rakan-rakan, keluarga dan pelanggan lama serta baru yang terus memberi sokongan.
















Kini....De Classaflora akan mengorak langkah setapak lagi....Insya Allah...

Ahad, 8 Februari 2009

MASA.....KEJARLAH IA


Masa..........sering kita dengar masa mencemburui kita namun....siapa yang leka sebenarnya?

Sebenarnya masa terlalu cepat sekarang yelah kalau dulu zaman kekanak sebulan puasa cukup lama rasanya, 1 hari bagaikan sebulan....nak tunggu waktu berbuka rasa macam nak pengsan...kalau dihitung berapa kerap masuk ke bilik air untuk basahkan badan atau muka, tak cukup dengan itu ambil pula kain yang basah untuk dibalut badan rasa sedikit kesegaran dan hilangkan rasa kepenatan.


Tetapi sekarang masa berjalan begitu pantas sekali, sebulan berpantang tup2 dah habis pantangnya, baru semalam terasa baru melihat anak kecil dipangkuan tapi hari ni anak sudah mampu berlari....perjalanan setahun terasa seakan sebulan, baru semalam rancang hendak bercuti tapi belum sempat membuat persiapan hari sudah tiba dan tiada sebarang persiapan yang sempat dibuat....anak2 muncung sedepa....habis cuti sekolah begitu sahaja...duduk di rumah membuang masa....


Memang bumi semakin tua....begitu juga umur kita semakin meningkat usia, tatkala itu kita tidak harus membuang masa...perancangan yang bijak untuk masa depan kita dan anak harus diambil kira, kerja berat sekarang bukan sekadar untuk menambah harta tetapi untuk semuanya untuk bekalan untuk anak2 kita....kalau bukan sekarang bila.....perbelanjaan sekarang semakin besar apatah lagi kalau hidup di kota...ulam di kampung tumbuh melata petik sahaja tetapi di kota harus dibayar juga.

Selasa, 13 Januari 2009

SELAMAT TAHUN BARU







Assalamualaikum.....






Happy New Year 2009 buat semua.






hmmm....asal je tahun baru pasti kita akan kaitkan dengan azam. Sebenarnya saya sendiripun tak pasti apa azam saya tahun ni dan azam yang lepas, bukan tiada azam langsung cuma bagi saya azam tu tak semestinya pada awal tahun ataupun setiap kali tiba tahun baru.


Tetapi bila fikir-fikir balik, sedaar tak sedar sebenar azam tu sentiasa tersemat malah ingin sentiasa lebih baik dari yang sebelumnya.


Tahun ni...selain dalam mengembangkan serta memantopkan lagi bidang perniagaan yang diceburi yang pastinya saya tak mahu lari dari tanggungjawab sebagai ibu yang membesarkan 3 anak kesayangan
saya....Fahmi, Dina dan Shahmi....merekalah jantung hati serta pembakar semangat saya dan suami walaupun kesibukan kami suami isteri yang tak dapat dinyatakan namun mereka amat memahi kerja mama dan papa mereka....


Semoga Tahun ini jauh lebih baik dari sebelumnya...Insya Allah....

Label