Selasa, 27 September 2011

Exclusive Autumn Color for Solemnization

Jam 4.48am, mata saya masih segar, tiada rasa mengantuk.  Anak saya yang berumur hampir 19 bulan demam dan batuk, meragam sejak petang tadi, tidurnya pun tidur-tidur ayam, sekejap menangis, sekejap mengerang sekejap terbatuk sekejap terkejut.  Sudah lama dia tak demam, kasihan bila menatap wajah comelnya, kala sihat dialah peneman kami ketika sibuk memasang pelamin ke setiap tempat, tak kira pagi petang siang atau malam, sedikitpun dia tidak meragam, dia cukup 'sporting' menanti kami sehingga selesai bekerja.  Walau umurnya yang masih baru mengenal dunia namun punya ibubapa yang cenderung di bidang ini maka kehidupannya amat berbeza dengan bayi-bayi lain seumurnya.

Itulah harga yang perlu dibayar oleh anak-anak kami, perlu 'independence' sedari kecil, namun saya puas begini kerana anak-anak saya membesar di hadapan mata saya.  Tak perlu menggunakan khidmat 'bibik' untuk menjaga mereka, malah mereka sendiri selesa dengan kehidupan mereka.

Hmm...jauh pula bercerita tentang anak-anak :) terlanjur bercerita, pelamin di bawah milik seorang yang cukup hormat dengan pandangan ibu dan ayahnya. Kagum seketika melihat pertuturan si anak dengan kedua ibubapanya, cukup teratur bahasa dan sopannya. Pendapat kedua orang tuanya diutamakan, saya pasti dia punya impian tersendiri namun, wajahnya cukup ikhlas menerima pendapat mereka. Dan saya amat pasti Allah lebih memahami setiap makhluknya, segalanya berjalan dengan lancar walaupun ada 3 lokasi lain yang perlu kami kejar.

Pelamin mini ini untuk majlis nikah, pilihan warna terang adalah kehendak si ayah, tapi betul pilihan si ayah kerana sesuai dengan warna feature wallnya, jarang orang memilih warna-warna yang terang namun kami sudah biasa menggunakan untuk istana dan ianya cukup kelihatan exclusive .... Justeru tahniah buat Wanie dan suami serta ibunya yang saya panggil Kak Tipah dan suami se family, semoga kalian bahagia hingga ke akhir hayat.  Sesungguh saya amat bersyukur diberikan pengalaman-pengalaman indan dan berharga sebegini............. :) 













Khamis, 22 September 2011

ENGLISH GARDEN

"Majlis anak lelaki je, tak perlu buat besar-besar, simple-simple aje..", itu yang sering kita dengan luahan dari ibu-ibu pengantin. Tapi baru-baru ni ada si ibu yang berkata begini, "Laa...ingatkan anak lelaki tak teruk, simple-simple je, rupanya banyak juga nak kena buat dan nak kena fikir", saya tersenyum dan pada saya lelaki atau perempuan sama sahaja, yang nak kahwin anaknya dan yang hendak disambut pasti bakal menantunya.  Kesian pulak anak lelaki kalau majlisnya simple-simple sahaja.   Majlis yang hendak yang difikirkan sebaiknya diraikan dengan sebaik mungkin dan berbelanja itu adalah perkara kedua selepas menghitung segala kerja dan belanjawannya.

Entry kali ini pastinya bersesuaian dengan apa yang saya tulis di atas, majlis perkahwinan anak lelaki.  Bertuah sang pengantin empunya diri yang merupakan anak lelaki dan cucu pertama dalam keluarga ini.  Majlis semua di atur ibu dan ibu saudara sendiri yang merupakan kenalan saya sejak beberapa tahun yang lalu. Dari majlis bertunang kami sudah mula menghias rumah mereka dan kami sudah faham citarasa mereka.  Neneknya yang sudah kurang sihat turut dihargai impiannya, lalu kami hias indah majlis agar tambah seperti majlis di dalam hotel 5 star biarpun ianya dibuat di perkarangan rumah. Hmm... biar di mana lokasinya yang penting, hiasan tetap meletop!!

Gambar

Hantaran : sentuhan modern, bunga tulip (cukup fragile) dan calla lily




Pelamin yang dihias dengan gubahan bunga segar terutamanya pheleonopsis orchid


Gubahan dan sentuhan exsklusif


Garden Concept


Maintable yang cukup mewah

Hiasan Maintable




Dessert Table




Isnin, 19 September 2011

Sweet and Luxurious E-day

Assalamualaikum....

Entry kali ini saya ingin bercerita tentang tempoh tempahan.  Bila difikir-fikir kembali kebanyakan pelanggan-pelanggan De Classaflora untuk tahun ini membuat tempahan di saat-saat akhir, pernah saya dan suami berbincang dan terfikir agaknya De Classaflora tempat terakhir pelanggan membuat pilihan selepas puas meninjau dan mendapatkan sebutharga di butik-butik lain.  Hmm....tak kisahlah awal ke lambat yang penting date tu masih lagi kekosongan dan sempat untuk di fikirkan, dan setiap kali berlaku seolah-olah kebetulan kerana shedule kami awal kosong untuk awal2 pertengahan tahun tetapi tiba menjadi amat sibuk dengan last minute event pada setiap minggu, Alhamdulillah syukur kehadrat Ilahi, ia merupakan rezeki kami warga DC.

Paparan kali ini majlis Pertunangan Siti Aisyah dan Ahmad Sopian, datang 2 minggu sebelum majlis untuk perbincangan majlis pertunangannya bersama keluarga.  Menggaru kepala saya yang pastinya tidak gatal ini memandangkan perancangan awal hendak membawa anak2 bercuti, namun hasrat di batalkan kerana diperkenalkan oleh seseorang yang tidak dapat saya tolak permintaannya, maka terus saya catatkan pada planner saya dan ok! saya ke rumah mereka untuk melihat ruangnya.

Tiba hari yang dinanti, kerja-kerja pemasangan bermula selepas zohor hingga ke 2am dan bersambung kembali pagi esoknya sebelum majlis bermula, dari pelamin, hantaran, centerpiece dan dessert table dan semuanya berjalan lancar.  Dengan ruang yang cukup selesa terdetik di fikiran saya alangkah bertuah dan baiknya pemilik rumah ini, kaya tetapi tidak sombong dan paling saya kagum apabila ruang surau yang cukup sempurna untuk tetamu yang tak pernah saya lihat di rumah lain... semoga Allah merahmati orang-orang yang sentiasa mengimarahkan 'rumahNya'....


















Ahad, 18 September 2011

MODERN TOUCH

Salam Syawal 1432Hijr, tinggal lagi 10 hari berbaki, jemputan open hause di sana sini, namun tak dapat menghadirkan diri kerana job bertimbun sebaik pulang melaporkan diri, seminggu beraya di kampungpun sudah ada yang bertanya itu dan ini, tak boleh merungut kerana inilah punca rezeki kami.  Banyak tugasan lepas raya kali ini, bukan sahaja majlis kahwin tetapi majlis rumah terbuka juga perlu kami dekorasi, terlalu sibuk sehingga tak sempat mencoret pengalaman di sini.

Banyak sudah episod yang sudah ketinggalan, ini kes semuanya nak buat sendirian, perlu masa yang banyak untuk diluangkan, mengadap laptop time malam-malam, time anak kecil nyenyak tidur so..tiadalah gangguan, kalau tidak pasti diapun sibuk hendak menumpang kaki dan tangan.... :)

Paparan kali ini milik pasangan Abby dan Shahril, pertemuan di saat-saat akhir nampaknya membuahkan hasil, hasrat pengantin dengan budgetnya tidak kami sia-siakan dan berjalan lancar hingga ke sentuhan terakhir, sedikit kekecohan berlaku di awalnya kerana warna langsir, namun dapat diselesaikan juga dengan idea lain yang hadir, biasalah berlaku kes-kes kecil yang adakalanya tidak kita terfikir.

Alhamdulillah, berkat kesabaran dan keikhlasan pasti membuahkan hasilnya. Kita hanya merancang dan Tuhan yang menentukan segala... Kepada Abby dan Shahril semoga kasih dan sayang sebagai suami isteri berkekalan sehingga ke ahirnya.....

Venue: Eastin Hotel PJ
Date: 21 Mei 2011










Label