Daisypath Wedding tickers

Rabu, 1 Jun 2011

RENAISSANCE

Tahun 2010 sudah berlalu begitu cepat dan 2011pun sudah berada di pertengahan, namun rekabentuk pelamin DC ditahun lalu masih laris dan mendapat permintaan yang memberangsangkan...Alhamdulillah.  Yelah, yang kahwin bukan orang yang sama dan sudah pasti citarasa mereka berbeza-beza.  Kalau pelamin tahun 2007pun masih kebanyakan yang suka apatah lagi yang belum mencapai usia setahun.

Pelamin ini direka khas buat pengantin Izmir dan isteri di atas perbincangan 'berkali-kali' dengan si ibu, katanya pelamin simple tak apa asalkan ada 'wow! xfactornya'... hmm :). Barangkali risau sebab hanya memandang pada sketch sahaja tambahan pula anak sulungnya, sehingga hari pemasangan barulah si ibu menunjukkan rasa lega kerana sudah nampak apa yang dibincangkan sebelum ini. Alhamdulillah, semua berjalan lancar, kerja-kerja pemasangan serta menggubah bunga juga sempat dilakukan walaupun mengambil masa yang tidak begitu lama, jam 9 pagi hingga 6 petang untuk menghias pelamin, meja makan beradap, laluan, entrance, tangga dan centerpiece tetamu, itulah yang di katakan pengalaman, buat krew2 De Classaflora, kalian memang best!!























Label