Mengapa ia dikatakan Tradisional Kontemporari? Pelamin macam moden je? pasti ada yang mempersoalkannya... kami gelar ia tradisional kerana ia gabungan tradional dan moden, tradisional kerana baju pengantinnya tradisional dan hiasannya gabungan victorian dan kontemporari maka...itulah hujjah saya..hehe
Kali ini kami ke Kedah, pertama kali kami ke sana kerana sebelum ini banyak ke selatan dan timur. Mujurlah kami di tawarkan treller 14 tayar milik pengantin kalau tak pasti berlori-lorilah barang kami yang besar2 tu dibawa ke sana. Dengan treller yang ada kami hanya membawa tambahan 1 lori 3 tan sahaja... di sana barang-barang kemudiannya di 'transfer' menggunakan lori-lori kecil pula untuk di bawa ke dewan dan 2 lokasi lain, hmm...6 trip jadinya...
Lokasi utama kami di dewan MBSA, kerja mengambil masa 1 hari semalam, pelamin ala-ala struktur victorian dan dihias indah dengan gubahan bunga dan pokok-pokok palm, so...takdelah nampak terlalu dalam taman tetapi lebih kepada singgahsana diraja.
Tangga berbentuk separuh bulat turut dibalut
Setiap sudut dihias dengan detail..
Meja makan beradap diselitkan sedikit hiasan berwarna kuning menghormati kehadiran Pemangku Sultan Kedah dan kerabat Di Raja Kedah
Hiasan Hadapan Pentas
Tiada ulasan:
Catat Ulasan