Daisypath Wedding tickers
Memaparkan catatan dengan label flower. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label flower. Papar semua catatan

Isnin, 16 April 2012

Fabulous Chic and Glamour

Salam buat pembaca...

Saya bertemu dengannya sekali, itupun sebab nak 'view venue', persediaan sebelum majlis pertunangannya berlangsung, selebihnya kami hanya berbalas mesej, awalnya pertanyaan harga, sms demi sms dan perbualan 'by phone'... and then confirm the date and venue.  Pendek kata memang senang berurusan dengan tuan punya badan, we trust each other, pertukaran ke venue yang lebih luas juga di'inform' kepada saya melalui telefon.
Melalui telefon dan sms beliau agak serius dan ia membuat saya sendiri rasa 'suspend dan nervous'je untuk bertemu,  bila tiba masa untuk bertemu, at first sight, melihat dia tersenyum jauh dalam hati saya sudah terdetik "owh...she's very nice person".  



Majlis berlangsung di Hotel Doubletree by Hilton. Perbincangan dan pertemuan yang singkat saya tahu citarasanya dan kami inspirasikan pada majlis tersebut.  Sebuah pelamin yang elegant masih menggunakan bunga 'getah eva' ala-ala Chanel gitu, tidak lagi di dalam frame tetapi bunga sebagai frame, simple white and silver.  Tambah lagi menarik 'loose' fresh flower di kiri dan kanan pelamin menggunakan pheleonopsis, tulip dan hydranger.



Stage yang disediakan hotel digunakan semaksimum yang mungkin apabila di hadapan pelamin diletak hantaran serta meja dan tempat untuk berbincang di sudut kiri dan kanan.  Dewan di serikan lagi dengan 'flower stand' pada 'walkway'.



Sebahagian hantaran daripada pihak lelaki dan perempuan



Di luar/foyer tetamu juga disambut dengan candy table yang tampak mewah dengan limpahan coklat yang juga disediakan oleh crew kami :)

*To Farah and Dato' Hatt, semoga cepat ke jinjang pelamin, and happy to the end of life, do not forget us for the next event... ;)

Jumaat, 30 Mac 2012

'RED' Is A Charming Colour

Merah itu Cinta
Merah itu Membara
Merah itu Berani
Merah itu Setia

Wahh...tiada ideakah saya, bukan tiada idea tetapi saya terasakan bulan March ini bulan merah untuk theme kami, membuat hantaran, pelamin rumah dan dewan semuanya berwarna merah walaupun lain customernya.  So...ini as a beginning entry..



 





Jumaat, 10 Februari 2012

Enchanting Blue and Lilac Garden Wedding

Assalamualaikum....

2.30am
Mata sudahpun terkedip2 layu, tapi semangat masih menular, baru selesai emailkan quotation untuk seorang customer, inije masa sesuai pabila siangnya tidak sempat menatap screen laptop apatah lagi menyentuh keyboard. 
2.40am...
hmm.. sudah lama sebenarnya tak berjaga malam, sejak awal tahun lagi, kami memang kurang menerima tempahan, sibuk dengan pendaftaran anak-anak sekolah dan juga menguruskan stor yang dah lebih teruk daripada kapal Titanic yang karam, maka keputusan diambil - tiada sebarang job di awal tahun.  Masa ini juga staff-staff diberi cuti panjang setelah lama tidak pulang ke kampung.
2.45am
Terbayang lagi dikotak fikiran, pada satu malam sebaik 'mengelearkan' majlis di crown plaza, pada waktu begini, masih lagi sibuk mengangkat barang-barang dari hotel ke lori untuk dibawa pulang ke stor, seterusnya kerja diteruskan untuk satu lagi majlis yang akan berlangsung pada siang harinya, dan kami perlu bersengkang mata sekali lagi untuk menyiapkan semua hiasan hanya dalam beberapa jam.

Majlis milis Yap dan Sara, saya sendiri tidak pernah berbual dengannya, hanya sekali bertemu di showroom selepas itu saya sendiri sudah tidak ingat wajahnya kerana segala urusan saya 'deal' dengan kakaknya.

5.00am....lebih kurang kami menurunkan barang di Pandan Lake Club Hall, tanpa membuang masa terus kami memulakan tugas masing, memasang rangka pelamin, menggubah bunga, memasang arch dan hanya seorang sahaja yang tidur...Qistina, peneman saya di mana saya berada :)

Selesai solat, sudah 70% siap, kerja mula bergerak perlahan pabila tenaga semakin berkurangan.  Alhamdulillah...shukur rahmat Allah apabila tuan rumah (kakak pengantin) menelefon saya tentang sarapan pagi, inilah rezeki Tuhan namanya, selepas saya cuba menelefon McD, rupanya tiada 'delivery services' di area tersebut, hati mula frust, masing-masing memerlukan secangkir kopi panas.

Alhamdulillah, dengan nasi lemak dan kopi panas di awal pagi kerja-kerja kami siap 'ngam-ngam' sebelum majlis bermula, sempat pula kami menjamah nasi kenduri dengan special menu ayam goreng dicecah air asam (negeri Perak) fuhh!! mengancam habis...

photo booth



the walkway







Maintable Deco

sacred and white dias






Terima kasih yang tak terhingga buat Naza sekeluarga di atas kepercayaan dan sokongan yang diberikan ke atas De Classaflora... Love you dear!!

9.57am

Selasa, 13 September 2011

LITTLE CALIPH IN A BLUE GARDEN

Pada hari raya ke 2 saya terima panggilan klien ini, minta saya berjumpa dengannya untuk Majlis cukur jambul dan aqiqah anaknya, actually ini adalah project little lovesome milik saya bersama rakan, tetapi adakalanya De Classaflora akan turun padang sekali jika tenaga kerja tidak mencukupi, so ia akan jadi projek kerjasama. Majlis cukur jambul dan aqiqah untuk baby Ajwad ini di kira majlis yang grand apabila hiasan semuanya fresh flowers di setiap sudut rumah, di pelamin buainya, dessert table dan juga centerpiece. Menggunakan warna tema biru dan putih suasana diserikan lagi props2 yang menarik menjadikan majlis begitu grand sekali....Hmm.. Memang bertuah baby ni..








Label