Daisypath Wedding tickers
Memaparkan catatan dengan label Theme red and white and Gold. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Theme red and white and Gold. Papar semua catatan

Rabu, 4 April 2012

A Stunning Red Theme Wedding

Sejak akhir-akhir banyak pula yang menggunakan tema perkahwinan berwarna merah, dan bulan March saya gelar bulan bertemakan merah. Reception theme untuk hall dan juga rumah serta hantaran semuanya bertemakan merah walaupun bukan dari client yang sama, namun saya letakkan ia di dalam satu post yang sama yang menghimpunkan koleksi merah dalam perkahwinan.

Red and Gold reception theme for Rinie and Raja







Kombinasi Merah dan Hitam Hantaran




Pelamin yang juga bertemakan Merah dan Hitam


Yang penting, cantik dan sejuk mata memandang, dan majlis berjalan lancar....

Regards!

Isnin, 2 Januari 2012

Luxury Palace for Prince and Princess

Assalamualaikum dan Happy New Year 2012!!

Setahun berlalu dan bila di hitung, di renung dan difikirkan kembali Alhamdulillah sudah agak jauh kami dapat bertapak dan bertahan dalam bidang ini di atas kepercayaan, sokongan dan galakan yang diberikan oleh semua pihak baik kaum keuarga, rakan-rakan mahupun klien kami.  Semuanya amat di hargai dan sentiasa di kenang terima kasih...

Untuk 2012 perancangan kami tetap sama seperti tahun 2011 cuma ada beberapa perubahan bagi memantapkan lagi kualiti, mutu serta persembahan (cheewah...dah macam iklan pulak ye..) Yang lama tetap di gilap, di baiki namun yang baru akan muncul juga.

Hmm...apa yang lama dan baru? Tentulah pelamin dan idea-idea dekorasikan... di sini saya belum paparkan lagi design baru DC yang kami zahirkan pada klien kami pada November 2011. Sempena pembuka tirai tahun 2012 ini, adalah insan-insan yang akan tertarik dengan rekabentuk ini kerana ada beberapa design yang lama yang masih mendapat sambutan sudah perlu dihapuskan memandangkan struktur dan bentuknya sudah tidak secantik asal dan perlu dibuat semula kerana masih ada yang mahu... ;)








Rekaan `stucture' pelamin ini sudah lama di idamkan oleh pereka DC iaitu suami saya sendiri.  Pengantin bertuah ini memang amat bertuah kerana dari A-Z semuanya diatur oleh ayah dan ibunya, mujur segala kepercayaan diserahkan kepada kami dan alhamdulillah semua setuju.

Pelamin mengambil masa 1 hari untuk dipasang `strucuture'nya, dan 1 hari untuk dihiaskan pula. Mujurlah kami diberi peluang menyiapkannya dalam masa 2 hari.  Amat meminati bunga, si ayah pengantin menetapkan theamed color iaitu merah dan pink serta berkonsepkan taman.  Maka dari entrance, menyusuri tangga, photo booth, entrance hall, menyusuri karpet merah, pelamin serta maintable semuanya dihias meriah dengan bunga-bungaan.
Tidak ketinggalan juga sudut anak-anak, candy corner disediakan memandangkan jemputan yang tiada hadnya, maka kanak-kanak kami tempatkan disudut khas dengan makanan ringan finger food serta candy dan dihiburkan dengan  magician dan belon. http://www.facebook.com/pages/Little-Lovesome/195425233835611?ref=ts
Majlis berakhir dengan selamat dan lancar, dan kerja-kerja membuka dan men`ngelearkan' dewan sehinggalah waktu subuh.

Label