Ahad, 24 Julai 2011

Groom's request and Bride's dream....

Assalamualaikum...

Harapnya ini catatan terakhir untuk pengalaman kami bagi tahun 2010..banyak lagi yang hendak dinukilkan untuk tahun 2011, memandangkan Q-nya masih lagi panjang, maka baru sempat 1 tajuk sempat saya paparkan di sini (Banting oh Banting).

Kali ini paparan majlis di Concorde Hotel Shah Alam, ia bukanlah majlis terakhir yang kami terlibat pada tahun 2010, namun memikirkan tajuk yang sesuai maka saya dahulukan catatan yang lain.

Pasangan ini diperkenalkan oleh rakan saya sendiri dan secara tak langsung dia sebagai wedding plannernya, terima kasih kepadanya kerana tiada sebarang komisyen diminta kerana atas dasar kawan maka kami saling membantu dan berkongsi pengalaman.  Majlis yang mengambil masa satu hari, nikah di waktu pagi dan majlis resepsi di malam harinya, memberi peluang kepada pihak krew bekerja sehari semalam untuk menyiapkan dekorasi untuk dua majlis di lokasi yang sama dan berlainan dewan.  Alhamdulillah, berkat pertolonganNya dan kerjasama semua, kerja-kerja berjalan dengan lancar tanpa sebarang masalah dan sikap ambil berat kedua pasangan turut membantu kami.

Agak perit juga apabila team kami terpaksa berpecah kepada dua kumpulan kerana ada satu lagi majlis perkahwinan di hari yang sama terletak di Ampang, maka saya dan pembantu (perempuan) yang terpaksa menyelesaikan pelamin nikah dan hantaran manakala suami dan teamnya berada di RISDA untuk majlis yang satu lagi. sebaik selesai memasang pelamin dan juga pentas, tup-tup si rakan baik pengantin memberi cadangan agar kedudukan pelamin diubah kepada sudut yang bertentangan di atas beberapa faktor yang boleh diterima akal, dengan hanya lima orang kami mengubah kedudukan pelamin tanpa membuka struturnya... humm, bagaikan hendak tercabut tulang belakang rasanya. Yang pentingnya, pengantin puashati...

Hiasan kali mengikut citarasa kedua mempelai, memandangkan majis dikongsi bersama maka keduanya ada angan-angannya sendiri, si pengantin perempuan inginkan majlis yang penuh dengan bunga-bungaan manakali pengantin lelaki sebaliknya dan lebih kepada modern dan less flower, utk merealisasikan kedua-dua impian maka keputusan diambil dan majlis nikah dihias mengikut impian si pengantin perempuan dan resepsinya atas permintaan pengantin lelaki, dan alhamdulillah keduanya kelihatan berpuashati..... :)

To Mr Ismail and Mrs Rina, we wish your marriage remain forever

Venue: Concorde Hotel
Date: 27 November 2010
Theme and concept: Pink and sweet for solemnization
                                  Black lace, black and white for reception
































Isnin, 18 Julai 2011

BEBAS MELAKAR IDEA DI PERKAHWINAN ANAK SAUDARA....

Sepanjang menceburkan diri dalam bidang perkhidmatan ini sejak tahun 2001 lagi hampir 10 orang keluarga terdekat termasuklah anak buah dan adik serta sepupu sepapat yang turut menggunakan perkhidmatan kami, tak kurang juga di pihak sebelah sana (pasangan mereka) yang turut terkena tempiasnya.

Kalau orang luar mendengar pasti terdetik 'oh untunglah dia orang' pakcik makcik yang 'buatkan...', sesekali saya juga terdetik...ya mereka cukup bertuah kerana tak perlu teruk-teruk membelek majalah mahupun mengakses mana-mana vendor lain kerana kami sudah boleh membantu.  Terima kasih yang tak terhingga pada kalian yang turut men'jana' ekonomi kami, begitulah dalam kehidupan perlu ada 'give and take', maka pembayaran juga dikenakan tetapi kerana status sebagai saudara pasti mereka ada kelebihan, namun apa yang boleh diberi secara 'sponsor' itu adalah rezeki mereka dan mudah-mudahan Allah menambahkan rezeki dan berkati perniagaan kami.

Namun ada juga yang tak dapat kami turut serta, maka terpaksalah mereka menggunakan khidmat orang lain, itulah dinamakan rezeki orang, tak perlu sesiapa merungut kerana semuanya sudah tertulis, namun setiap yang berlaku pasti ada hikmah disebaliknya, yang tak 'bestnya' kami juga tak dapat meraikan bersama-sama mereka  kerana ada tanggungjawab lain yang perlu diutamakan... :(

Paparan berikut majlis perkahwinan anak buah pemilik DC dan juga pasangannya, hiasan dari A to Z, dari kerusi meja, centerpiece, walkway deco, pelamin, maintable ...semua dari DC, dgn tenaga pekerja yang berapa kerat dibantu oleh anak-anak buah dan rakan mereka, alhamdulillah...semua selesai juga walaupun masih ada kekurangannya namun kalau tak disebut pasti tiada siapa yang perasankan nya, apa yang pasti majlis sudah berlalu hampir setahun namun masih segar di dalam memori....

Venue: Dewan Puspanitapuri Putrajaya
Theme color: Purple, white n silver
Tarikh: 19 Nov 2010












Venue: Dewan Sri Siantan, Perbadanan Putrajaya
Tarikh: 11 Nov 2010
Theme Color: Champagne and pink









note: baru selesai satu lagi majlis anak buah minggu lepas berkonsepkan ala-ala sakura, konsep yang diimpikan sejak tahun lepas lagi akhirnya berjaya juga direalisasikan..

Rabu, 6 Julai 2011

2011 theme color

Setiap tahun pasti ada warna pilihan untuk dijadikan warna tema bagi sesebuah  majlis. Siapa yang menetapkannya pun saya tak pasti tetapi yang menjadi kepastiannya warna yang paling kerap digunakan itulah warna pilihan bagi saban tahun....hmm...`dulu-dulu tak de temapun, yang pasti colourful..hehe' (cacamarba).

Tahun 2011, 'honeysuckle pink' merupakan warna pilihan tahun ini, betulke? Dari awal tahun hingga ke detik ini hanya sekali DC membuat theme colour honeysuckle pink? macam mana colour pinknye? hmm... alah..pink cuma lebih terang sikit dari baby pink dan pudar sikit dari cherry pink tapi bukan rustic pink, hmm...cherry pink macamana?...cherry pink tu shocking pink...owh, banyak betul colour pink rupanya.

(gambar hiasan.... koleksi DC masih di dalam simpanan, coming soon!!)

Walaubagaimanapun bagi saya tahun ni adalah turqoise yang sering menjadi pilihan walaupun purple pink tak kurang juga permintaannya, yelah...kalau dalam setengah tahun sudah lebih 5 kali pelamin dan hantaran yang menggunakan warna yang sama, hmm...kalau boleh tukar warna dah lama biru matani...mat salleh gitu... tapi kalau sudah namanya permintaan takkanlah kita nak tolak, malah kita sambut baik dan yang pasti kerja DC merealisasikan impian mereka... ;) 








(Note: Backdrop belakang adalah milik pemilik dewan, pihak DC hanya menambah kain biru
dan bunga2, kerusi serta hiasan utk menaikkan seri pelamin)


Setiap kali pelanggan datang memberitahu warna biru adalah pilihan mereKa dalam hati saya pasti terdetiK "ahh...kenapa biru lagi?!" sukar sebenarnya hendak memainkan warna pilihan ini memandangkan warna biru pada bunga juga amat terhad dan menggunakan yang tiruan juga perlu berhati-hati agar tidak kelihatan begitu 'palsu'.  Setelah selesai dan diamati hmmm....biru sebenarnya CANTIK kalau kena dan tahu memainkan warna supaya tampak mewah dan tidak terlalu ber'color' dalam senirias ini...dan bila diimbas kembali sebenarnya saya sendiri memilih warna BIRU semasa majlis perkahwinan saya sendiri... :)

Label