Daisypath Wedding tickers
Memaparkan catatan dengan label garden wedding. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label garden wedding. Papar semua catatan

Isnin, 28 Januari 2013

A Bride Inspired: Vintage Garden

September yang amat sibuk, sebulan dalam bulan ini saya tak sempat meninjau facebook mahupun instagram apatah lagi memetik 'key on' laptop, takut terleka di hadapan screen kerana kerja yang bertimbun menanti.  Namun hati sentiasa bersyukur kerana masih tidak leka dengan tuntutan Mu Ya Allah, terima kasih atas rezeki dan berkat rahmat Mu.  Pasti jika bukan dengan izinNya kami tak mampu untuk mengorak langkah setapak demi setapak.

Dewan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS Ampang) masih ramai yang belum tahu, dan team De Classaflora sendiri baru dua kali menjejak kaki ke sini, dan ini kali yang ke dua. Dewan yang boleh di katakan agak luas ini boleh memuatkan lima puluh meja dan harganya juga reasonable.  Dan kali ini kami ditugaskan berkarya dengan warna utama green, white, and gold.  sedikit selitan warna pink menambahkan manis dalam hiasan.

Mengenali si pengantin ini melalui rakannya yang merupakan klien kami.  Cukup senang berkolaborasi dengannya membuatkan kerja kami amat mudah dan berjalan lancar.  Rakan baiknya sebagai 'wedding planner' lebih banyak memberi idea.  dari pelamin nikah, hantaran serta hiasan di dewan semuanya kami buatkan tanpa disktech dahulu designnya dan yang penting menepati tema warna yang ditetapkan 

Majlis Nikah dan mini pelamin di rumah




green grass carpet mengiringi langkah menuju ke pentas
roman pillar di kiri dan kanan beserta spiral tree dan sangkar 'bunga'
Sejenak terlupa ... indoor garden wedding
elemen utama vintage garden
meja makan beradap dihias indah dengan bunga segar
sentuhan warna yang cukup menenangkan
menjamu selera sambil mencuci mata
pelamin tersergam indah
anggur....mencuri tumpuan umum

detailing decorations
vintage touch
champagne, green and ivory!!
flower arrangement
hall decor
Ok... cukup untuk paparan kali ini, thanks to Ina for your kindness and your photo... credit to photographer awak :) thanks jg utk Nana yang sentiasa setia dengan de Classaflora :)

P/s:  tak susah memikirkan majlis anda sekiranya kita temua orang yang betul2 boleh membantu dan tidak mengambil kesempatan... :)

Ahad, 9 September 2012

Scents of Love


Assalamualaikum wbt..

Sayang sekali, mengambil masa yang amat lama untuk saya keluarkan isu ini (ceewah, mcm isu apetah ye..) dah approximately 2 month, wow Nanie! you take too long to hire one issue...takleh jadi reporter mcm ni sure terlepas dateline huhu...What I can say this is a lovely and charming english garden wedding we've ever done! Mengapa? Sebelum ni takkanlah tak pernah ye, tak.... sebenarnya majlis yang satu ini saya kira paling banyak berinspirasikan dan bermain dengan bunga yang cukup meriah sekali walaupun hanya di ruang yang terhad.Kami bertuah punya klien2 yang begitu baik and understanding.  Bekerjasama dengan mereka cukup senang dan tidak men'stress'kan.  Seingat saya dua kali bertemu di butik dan dua kali bertemu di lokasi, tetap sama lemah lembut dan baik sekali, sama ada si ibu mahupun pengantinnya :)
 
 
 
 
 
 
 

 
Champagne, peach, pink and cream, itu gabungan yang saya anggap sebagai color of the year 2012.  So kami perlu transform ruang lokasi yang dipilih mereka iaitu Juempa d'Ramor, Bangsar menjadi ruang yang akan kelihatan luas, bersih dan sweet apabila dipandang.  Pelamin kami ubah disaat akhir apabila pelamin asal saya syorkan ditukar kerana kami sendiri sudah agak jemu dengan pelamin tersebut.  Maka kami ingin buatkan sedikit kelainan dengan menggunakan material yang sama.  Ruang tamu kami penuhkan dengan shaggy carpet yang berwarna putih membuatkan ruang kelihatan sangat luas dan bersih.Susunan hantaran diatur kemas di atas platform yang disediakan.  Dan kusyen/throw pillow di biarkan disegenap ruang untuk keselesaan para tetamu yang hadir.  Naik ke ruang makan tetamu utama dan pengantin akan melalui tangga yang kami hias juga agak berbeza berbanding sebelum ini.  Pengantin sendiripun sudah berpesan agar buatkan yang sesimple yang boleh biar tampak kelainannya.  Saya biarkan beberapa stalk bunga di'buai' scallop tangga :)
 
 

Meja makan beradap yang disediakan pihak owner begitu panjang dan kami hiaskan cukup mewah dengan juraian-juraian bunga segar.  Ia kelihatan sangat mewah dan seperti berada di taman dan musin spring. Saya sudah mampu tersenyum kerana ini yang saya impikan selama ini.
 
 
 
 
 
 
Photo booth kami hias sedikit berbeza, tampak begitu romantis dan 'cool' sahaja tempatnya, pasti menjadi tumpuan apabila krew Photo Guesbook Rosebay creation datang menjalankan tugas mereka. Pagar rumah kami hiaskan dengan rerumput hijau dan pillar2 putih.  Tiada archpun cantik sebenarnya dan grass carpet menepati konsep garden wedding.
 
 
 
Dan pastinya kami tidak lupa menghias meja makan tetamu dengan  gubahan bunga serta bling-bling stand yang pastinya menggamit para tetamu yang datang. Dan menariknya majlis seperti ini biarkan pada ruang yang kecil namun tetamu yang datang sudah pasti dapat menikmati makanan sambil menikmati keindahan.  Majlis yang begitu santai begini membuatkan tetamu juga sukar untuk mengangkart untuk pulang.  Menariknya konsep seperti tiada perjalanan majlis seperti di dewan, jadi tetamu boleh 'mingle-mingle' dan pengantin sendiripun dapat beramah mesra dengan tetamunya dengan lebih dekat
 

 
 
 
Cukuplah pengalaman ini untuk saya kongsikan bersama anda.  Di mana jua majlis diraikan. sehebat mana majlis disambut, sebanyak mana wang dibelanjakan, namun keikhlasan dan niat itu yang paling utama dalam mencari keberkatan dan keredhoanNya.
 
hmm....kata-kata semangat dari pengantin yang saya petik dari FB"Very very nice Kak Nani & co. So in love with everything, every little detail.. There's no doubt you guys are the best in what you do! Thank you!"
 
"Alhamdulillah..majlis pernikahan & reception Zureen berlansung dlm suasana yg Kak Za impi & harapkan. Terima kasih kpd crew De Classaflora di atas komitmen yg diberikan. Segalanya bermula dr Nani & Mohsin..itu lah yg menghasilkan sebuah majlis indah & penuh sakral."
 
p/s: Buat Zureen dan Hakam Selamat menjalani kehidupan alam rumahtangga dengan penuh kasih sayang umpama Rasulullah dan isteri baginda. Semoga bahagia hingga ke syurga :) Buat Kak Za, terima kasih di atas kepercayaan yang tidak berbelah bagi buat De Classaflora, semoga kita sentiasa dirahmati....
 
 
 

 

Label