Daisypath Wedding tickers
Memaparkan catatan dengan label elegant wedding. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label elegant wedding. Papar semua catatan

Sabtu, 20 April 2013

Bride Inspiration { Colours of Romance!!)

Aqua Blue and Champagne Inspirations

Today I am so honored to be  sharing one of my favorite weddings! I am in love with this colour!! Its rarely chosen ... I mean in Malaysialah. It seems like a romantic and warm color. Pairing fresh florals, glam element (like cristal ball) and feather in bright blue color palette made this wedding feel almost beachy and glam!!
The arch with draped curtain, combined of two main colors aqua and champagne

The isle.. with flowers and console table
Flowers arrangement... in champagne colors
A simple touch for main table
Hall decorations
Pelamin...
 p/s:
I can't write long and detail for a while... it's about time, and don't have enough time.  Got more picture to edit and to show here.  So, let pictures tell the story.. see u all on the next wedding!!

Isnin, 31 Disember 2012

Yellow and White in Spring Sunshine

Salam Semua dan Selamat Tahun Baru 2013!!!

Wahh...setahun berlalu begitu cepat, pastinya masa yang berlalu begitu pantas dan tak mampu kita mengejarnya.  Hendak2nya saya yang menulis entry yang masih cerita dibulan September...aduuhh jauh tertinggal di belakang... hopefully entry ini tetap menjadi rujukan buat BTB di luar sana...!!

This entry about decoration for Majlis Khatam Quran, merenjis kecil dan Solemnization event. Three ceremony for one pelamin (3 in 1) but if you all see tetap ada perbezaan bagi ketiga-tiga majlis.  The themed is Yellow and White colour so we called it as Spring Sunshine.  Its look very elegant and romantic with white draped curtain menutupi dinding dan hairy carpet made the hall luas dan putih bersih....sangat suci :)
Majlis Khatam Quran: Tiga tilam untuk diduduki oleh pengantin dan adik-adiknya
yellow matiola, cassa, and white orchid and roses and also baby breath, we put loose in glass vases... throw pearls pillow made the dias look so elegant


The white feather look very fluffy... as our trademark :)


merenung setiap sudut...memastikan semuanya perfect sebelum meninggalkan majlis
at the first time... saya tak sempat merakamkan hantaran satu persatu, so..inijelah yang sempat dirakamkan
sudut nikah, sudut pengantin perempuan still di pelamin yang sama cuma ditukarkan satu tilam dan diselitkan bantal-bantal kuning... owh.. sireh junjung yang menjunjung tinggi, ruginya saya tak sempat rakamkan gambarnya
pandangan handapan dan sisi pelamin nikah
Saya akan berangkat ke China pada malam ini, untuk mencari inspirasi  dan bahan-bahan yang bakal kami gunakan untuk dekorasi kami Insyaallah pulang nanti akan saya sambung entry seterusnya Majlis resepsi di rumah dan di hotel JW Mariott, serta kemewahan dessert table.  Nantikan dan Selamat Tahun Baru 2013 semua!!

*Note:
Azam nak cuba update blog sedisiplin yang boleh tp yang penting pasti De Classaflora akan sentiasa mengekalkan service yang baik dan berkualiti buat pelanggan-pelanggan kami..InsyaAllah..
Doakan kami :)

Isnin, 9 Julai 2012

Mirror Mirror: A Perfect Beginning of Redza and Irma Hasmi

Salam Syaaban...

Bersempena bulan yang penuh barakah ini saya ingin berkongsi pengalaman dengan orang yang cukup dikenali dan dan berhijrah ke arah hidup yang lebih diberkati.
Pastinya Irma Hasmie, perkenalan kami juga amat singkat sesingkat dia mengenali 'suaminya', namun perkenalan yang terjalin bukan atas sebab dia seorang selebriti tetapi lebih kepada seorang hamba Allah yang cukup sempurna di mata saya, seorang yang cukup menjaga ukhuwah sesama manusia, rendah diri dan saling menghormati.
Hasrat untuk mengambil kami sebagai decorator majlis kahwinnya awal sebelum majlis pertunangannya lagi, maka hajatnya kami tunaikan memandangkan dia adalah artis pertama secara officially yang 100% menggunakan khidmat De Classaflora. Hanya beberapa kali bertemu di butik dan di rumah saya, sms demi sms dan juga panggilan telefon menghubungkan kami memandangkan dia seorang yang amat sibuk, dan jadual kami juga padat dan bukan sentiasa sama, namun Alhamdulillah dia tidak pernah mendesak kami.
Bergambar kenangan di butik De Classaflora bersama pasangan dan pereka fesyen Ezuwan Ismail untuk press relies shoot
Pencetusan idea dari segi tema dan konsepnya semua saya kreditkan atas suami saya, bahkan Irma sendiri meletakkan kepercayaan kepada kami 100%, nyata tindakannya tidak kami sia-siakan, dan sikap dia dan Redza sedikitpun tidak menghampakan kami maka pastinya kami berazam untuk membuat yang terbaik untuk mereka, apatah lagi Irma sendiri banyak mempromosi De Classaflora melalui media dan juga pagenya. Dan kami namakannya Mirror Mirror.. dan percubaan warna hitam dalam sentuhan juga menjadi walaupun pada asalnya sedikit kerisauan takut tiada serinya...
Sketch sebenar, press release dan kad jemputan Irma untuk Majlis Ijab Qabul
dan hasilnya di bawah :)


Di sini saya akan kongsi bersama anda semua hasil dekorasi kami untuk Majlis Ijab Qabul Irma dan Redza yang diinspirasi oleh De Classaflora....





 









  


Terima kasih buat team DC yang banyak membantu!!

p/s: buat Redza dan Irma, semoga kalian bahagia menjalani kehidupan alam rumahtangga, Allah sentiasa memberkati kita andai kita sentiasa denganNya.... semoga ukhuwah yang terjalin akan kekal abadi...Amin!!

Khamis, 3 Mei 2012

Modern and Elegant in Spirit of Love

Assalamualaikum wbt..

Alhamdulillah, setiap minggu ada sahaja kerja yang hendak dilakukan...tak banyak, sedikit, tak besar, kecil, itu semua adalah rezeki daripadaNya...syukur.

Saya kenal si jejaka ini sejak kami diberikan mandat untuk mendekorasikan majlis perkahwinan abangnya, itu sudah lebih 5 tahun tak silap saya, dan saya kenal pasangannya pula sebagai rakan kepada anak saudara.  Saya ingat lagi konsep terdahulu adalah merah dan putih.  Kebiasaan, kalau dapat buat yang pertama pasti yang seterusnya kami akan diberi kepercayaan, Insyaallah..


 



Sentuhan dekorasi kali ini sedikit kelainan dan tampak moden, dengan backdrop yang putih bersih dan di beri pencahayaan berwarna biru kena dengan tema yang ingin diketengahkan.  Citarasa kedua mempelai kali ini berbeza, maklumlah citarasa arkitek, ingin lari jauh dari penggunaan 'roman pilar' dan structure yang biasa maka pelamin biar nampak simple dan minimalis.




Sedia maklum dengan Dewan Seri Endon Puspanitapuri, dek kerana dewan dan stage yang besar, kami selitkan elimen-elimen silver dan biru, menggunakan 'pillar-pillar' cermin dan silver serta penggunaan vase-vase berair biru dan bunga berwarna putih cukup memberikan impak moden kepada suasana majlis tersebut.


 


 
Majlis tiada bunga pasti tiada serinya, maka penggunaan bunga hydranger, pheleonopsis dan candle leaf memberi sentuhan modern dan elegant, dan setiap meja tetamu juga diletakkan 'floating flowers' dengan vase dan air yang kebiruan.
p/s: Kerja menjadi agak mudah kerana kurang kerja-kerja menggubah namun dewan tetap kelihatan gah walau apa jua sentuhan yang kami cuba zahirkan.  Best bila dapat mencuba sesuatu kelainan... *Bual Mal dan Shahidah...semoga berbahagia hingga ke Akhir Hayat!!

Label