Rabu, 25 Julai 2012

Modern Turned to Luxury

Alhamdulillah.... itulah kalimah yang paling awal terpancul dari mulut saya.  Benar sekali kata seorang ustaz..."bila 1 rezeki pergi maka yang datang bukannya 1 tetapi berganda..." Insyaallah... terdetik di hati ingin rasanya berterima kasih kepada insan-insan yang telah menarik diri di saat-saat akhir dan ada antaranya sudah mula membuat persiapan untuk mereka, barangkali itu silap kami tidak mengenakan sebarang deposit bayaran maka sewenang-wenangnya klien mencari ruang lain.  hemm... tak kisah, pada saya itu namanya bukan rezeki yang tertulis.
Keputusan melantik kami De Classaflora sebagai pendekorasi untuk Majlis Resepsi Redza dan Irma juga di saat-saat akhir, pada awalnya Datin (ibu Redza) sendiri datang kepada saya dan kemudian perbincangan diteruskan oleh Redza sendiri tatkala Irma sendiri masih berada di Tanah Suci Mekah.  Sangat bersyukur, kerana kami sekali lagi diberi kepercayaan, sehingga ada kenalan yang juga merupakan salah satu vendor yang tak kurang hebatnya menyebut.."amboi abang..sapu habis!!" baru saya terperasan, owh...memang rezeki kami :)

Dipendekkan cerita, theme untuk majlis sudah ada maka kami hanya menutup lubang-lubang yang masih kosong sahaja, Redza yang sememangnya arif dalam soal pengurusan sesebuah event lantas dan juga pakar dalam kerja-kerja grafik ini mengeluarkan beberapa pelamin idamannya, lalu menyerahkan kepada kami untuk mengadaptasikannya dengan olahan dan kepakaran yang ada.  Tiba harinya kami pasti melakukan tugas yang diamanahkan.  dengan hanya 5-6 orang kami bekerja menyiapkan pelamin dan maintable untuk majlis malamnya di Kelab Darul Ehsan Ampang Jaya. 
wajah pelamin ...menggunakan warna purple dan gold kerana family members berbaju kuning

Irma turut membantu kami.... saya suka hubungan begini :)
sarat dengan hiasan sampingan

Meja untuk qari memulakan majlis dengan bacaan Al Quran dan biasalah ...bunga

Banting untuk tetamu tuliskan 'wish' diaorang utk pengantin.... apalagi 1 banting tu De Classaflora teamlah yg punya :)

 Masing2 dgn gaya tersendiri merakamkan ucapan, bos siap baringkan banting tu...tapi gambar akak? huhu~

Antara hiasan dan kemasan
 

kerusi untuk vip

maintable ... ini je yang sempat diambil
 
sempat bergambar seusai selesai kerja

time diaorang posing sempatle snap 2 3 keping untuk simpanan

Bergambar kenangan sebelum pelamin diruntuhkan... sekali lagi saya tak ada..:(

Alhamdulillah, syukur....kehadrat Yang Maha Esa, selesai sudah kedua-dua majlis dengan lancar, pihak keluarga pengantin juga pasti sudah mampu menarik nafas panjang.  Untuk majlis Redza tetamu yang hadir juga melebihi jumlah yang dijangka dan tambahan meja dibuat di saat-saat akhir, namun semuanya ok, itulah keberkatan namanya, yang hadir mendoakan kebahagiaan dan yang tidak hadir turut mendoakan dari jauh, saya lihat semua mendoakan mereka, pastinya perubahan yang di bawa bukan sahaja dari segi penampilan namun di dalam majlis ke dua-dua belah pihak menjadi inspirasi buat kebanyakkan bakal2 btb...

*p/s: buat Redza dan Irma... salam sayang dari kami suami isteri dan team DC, semoga ukhuwah antara kita terus berkekalan selamanya, terima kasih yang tak terhingga di atas kepercayaan dan sokongan yang diberikan dan semoga Allah merahmati dan memberkati perjalanan hidup kita semua..Aminn ya Rob.

Jumaat, 20 Julai 2012

A Royale Vintage

Belum hilang sepenuhnya kepenatan kami bersambung pula tugasan kedua di dewan MAEPS Serdang untuk majlis Resepsi Irma Hasmie dan Redza.  Dewan yang memuatkan hampir 150 meja ini kami rias bermula malam sebelumnya dengan 3 buah lori dan masing-masing 2 trip untuk mengangkut barang-barang.  Tugasan kami sebagai pendekorasi bermula dari photo booth, pintu gerbang, laluan karpet merah, pelamin, meja makan beradap dan juga centerpiece semuanya sudah dirancang awal pastinya.

Namun kami tidak merasa tertekan  memandangkan team kerja De Classaflora yang cukup memberi kerjasama sepenuhnya serta hubungan dengan team fotography, FM, Videography dan family pengantin cukup baik.  Hmm...pengantin dah tentulah baik :-) malah sama-sama turun padang memberi kerjasama.

Dekorasi untuk dewan juga Irma Hasmie serahkan 100% kepada kami, maka cetusan idea semuanya datang dari encik suami saya sendiri, dan saya sebagai 'nasi tambah'nya sahaja.  Saya pasti bila lakaran di tunjukkan Irma sendiri tidak dapat bayangkan kerana 'sketch' encik suami saya tidak menggunakan graphic terkini hingga Redza sendiri pernah menyebut "abe...come!supo hok lukis tu.." selorohnya dalam lorat Kelantan :-), itulah lukisan lakaran kami juga untuk klien-klien yang lain, yang realiti lebih cantik dari nukilan di atas kertas...



Lakaran asal
Siap

Pelamin pasti kurang indah tanpa dihias dengan gubahan bunga 


"De Classaflora kalau tak order bunga banyak2 dan mahal2 tak sah, sudahlah tiada daun!!" salah seorang team kami yang sering merungut apabila mula membuka kotak bunga, pengalamanya yang pernah bekerja dengan tauke Cina pasti dapat menilainya :)



Ini antaran salah satu sudut2 hiasan yang benar-benar diimpikan kami.... 

 Meja kek turut kami hias bersesuaian dengan kek 7 tingkat yang diinspirasikan oleh Pn Roslina dan Suami Tn Hj Rameli dari Blooming cake.  Kek yang disketch oleh mereka dan diemailkan kepada Redza juga sama seperti seperti yang dijanjikan.



Lakaran asal untuk Arch




Gerbang yang memisahkan antara entrance dan juga dewan majlis juga mampu menarik perhatian tetamu

Siap



Maintable yang agak lari sedikit daripada sketch asal diubahsuai mengikut keadaan yang sesuai dan dihias dengan begitu detail serta ditambah aksesori beserta gubahan bunga segar.




Laluan yang agak sempit ini kami tetap hiaskan seperti yang dijanjikan dengan kehadiran meja-meja konsul serta meja sudut seolah melangkah kaki memasuki istana.






photo booth yang cukup selesa dihias indah untuk para tetamu merakamkan ucapan mereka di dalam 'guestbook' yang diilhamkan oleh Rosebay creation untuk majlis Irma dan Redza.  Mujur juga ruang ini lebar dan selesa kerana memang beratur para tetamu bagai membeli tiket wayang :)
Antara gambar kenangan yang sempat kami rakamkan..

*p/s:  Buat Redza dan Irma jadilah suami isteri yang soleh dan solehah dalam meniti arus kehidupan rumahtangga semoga kalian berdua diperoleh keberkatan hidup di dunia dan di akhirat...Amin!

Label