18 dan 19 Jun 2010
Kuantan, Pahang
Diberi peluang berkarya adalah sesuatu yang amat dihargai dan tidak perlu dilepaskan, apatah lagi peluang yang diberikan itu memberikan kami bebas berkarya...pastinya ia tidak disia-siakan. Walaupun jauh di kawasan Lembah Kelang, peluang ke Kuantan kami gunakan sebaik mungkin dan barang-barang yang dibawa perlu dipastikan mencukupi untuk kedua-dua majlis pernikahan dan resepsi.
Mempunyai citarasa yang cukup sempurna, pengantin dan ibunya cukup 'sekepala' dalam pemilihan warna dan konsep majlis, turut berminat dalam senihias dan kerja-kerja kraf, maka citarasa mereka senang difahami dan diolah mengikut idea DC... maka terhasillah sebuah pelamin simple dan indah.
Berlainan sedikit dr rumah hijau, putih dan hitam, di dewan hanya bertemakan 'green apple and white', pelamin dan dewan sekali lagi dihias mengikut citarasa dan budget pengantin dan keluarga, menghormati mereka, semua hiasan mengikut perbincangan asal dan sebagai kejutan sedikit tambahan yang kami lakukan seperti hiasan bunga segar 'centerpiece', dan pastinya kami turut berpuashati dengan apa yang kami lakukan, dan apa yang pasti dan dapat saya rumuskan di sini rezeki seseorang itu akan sentiasa datang padanya sekiranya ia sentiasa bertoleransi antara satu sama lain dan bersikap bertolak ansur....terima kasih buat tuan rumah suami dan isteri serta Erin dan suami.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan