Daisypath Wedding tickers
Memaparkan catatan dengan label white and yellow dias. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label white and yellow dias. Papar semua catatan

Selasa, 15 Januari 2013

Kuning DiRaja Persis Singgahsana (Royal Wedding Inspiration)

Assalamualaikum pembuka bicara                                                 Pentas yang tinggi menjadi perhatian
Hamba membuka dengan senyuman                                              Dihias indah dikelilingi taman
Salam patik sebagai pendeta                                                         Pelamin umpama istana kayangan
Sedikit kelainan untuk tatapan                                                       Diawasi hulu balang kiri dan kanan

Al maklumlah cucunda berdarah raja                                             Melangkah meniti denai berliku
Hajat si nenda lalu ditunaikan                                                         Hajat bertemu raja sehari
Pelamin umpama singgahsana diraja                                               Alangkah manis keduanya menunggu
Warna kuning jadi pilihan                                                               Tertunduk malu ramai memerhati

Konsep dan tema cuba diubahsuaikan                                           Setiap meja dihiaskan bunga
Mengikut era dan arus kemodenan                                                Mengikut tema kuning diraja
Butter yellow themed color jadi pilihan                                           Meja beradap tidak dilupa
Rentak tradisional jadi kesinambungan                                           Untuk santapan dimeja utama 

Pelamin tradisional berkerusi tinggi                                                Alangkah puas kami yang bertugas
hamparan kuning taburan cahaya                                                  Tiga hari sudah berhempas pulas
berpayung putih tegak berdiri                                                       Tetamu yang hadir merasa puas
Setiap yang dihias tersirat maksudnya                                           Disambut dengan hati yang ikhlas

Entrance and photo booth
Hiasan di bawah kanopi
Walkway ala-ala melalui denai






Laluan berliku menuju ke singgahsana
Stage dihias indah keseluruhannya
Payung dan frame umpama hulubalang yang mengawal
 
Pelamin dihias secara terperinci, namun tetap kelihantan kemas
Kerusi yang dibeli khas bapa pengantin ( jangan ada yang request pulak)
Wajah pelamin di setiap sudut
Gubahan bunga yang menyerikan majlis
Suana keseluruhan di bawah kanopi utama
Maintable... (belum siap dihias.)
Alhamdulillah, kami pulang sebaik solat mahgrib dan jemputan mulai berkunjung, harus pulang segera, untuk melepaskan sedikitkan kepenatan, setelah tiga hari berturut-turut berada di sini, dan malamnya bermula kerja-kerja pemasangan di hotel JW Marriot KL.

**Saya, suami dan team De Classaflora cukup berterima kasih bukan sahaja untuk keluarga ini tetapi seluruh warga keluarga ini, dari anak cucu, makcik, sepupu dan semuanya yang mengenali saya dan mereka sentiasa memberi kepercayaan kepada team kami untuk merealisasikan majlis impian mereka.  Secara peribadi tatkala berada di sini saya disapa oleh setiap orang, dan mereka keluarga yang besar dan majoritinya adalah klien De Classaflora.  Alhamdulillah... barangkali toleransi dan kerjasama kami membuatkan mereka percaya dengan kerja-kerja kami :)




Isnin, 31 Disember 2012

Yellow and White in Spring Sunshine

Salam Semua dan Selamat Tahun Baru 2013!!!

Wahh...setahun berlalu begitu cepat, pastinya masa yang berlalu begitu pantas dan tak mampu kita mengejarnya.  Hendak2nya saya yang menulis entry yang masih cerita dibulan September...aduuhh jauh tertinggal di belakang... hopefully entry ini tetap menjadi rujukan buat BTB di luar sana...!!

This entry about decoration for Majlis Khatam Quran, merenjis kecil dan Solemnization event. Three ceremony for one pelamin (3 in 1) but if you all see tetap ada perbezaan bagi ketiga-tiga majlis.  The themed is Yellow and White colour so we called it as Spring Sunshine.  Its look very elegant and romantic with white draped curtain menutupi dinding dan hairy carpet made the hall luas dan putih bersih....sangat suci :)
Majlis Khatam Quran: Tiga tilam untuk diduduki oleh pengantin dan adik-adiknya
yellow matiola, cassa, and white orchid and roses and also baby breath, we put loose in glass vases... throw pearls pillow made the dias look so elegant


The white feather look very fluffy... as our trademark :)


merenung setiap sudut...memastikan semuanya perfect sebelum meninggalkan majlis
at the first time... saya tak sempat merakamkan hantaran satu persatu, so..inijelah yang sempat dirakamkan
sudut nikah, sudut pengantin perempuan still di pelamin yang sama cuma ditukarkan satu tilam dan diselitkan bantal-bantal kuning... owh.. sireh junjung yang menjunjung tinggi, ruginya saya tak sempat rakamkan gambarnya
pandangan handapan dan sisi pelamin nikah
Saya akan berangkat ke China pada malam ini, untuk mencari inspirasi  dan bahan-bahan yang bakal kami gunakan untuk dekorasi kami Insyaallah pulang nanti akan saya sambung entry seterusnya Majlis resepsi di rumah dan di hotel JW Mariott, serta kemewahan dessert table.  Nantikan dan Selamat Tahun Baru 2013 semua!!

*Note:
Azam nak cuba update blog sedisiplin yang boleh tp yang penting pasti De Classaflora akan sentiasa mengekalkan service yang baik dan berkualiti buat pelanggan-pelanggan kami..InsyaAllah..
Doakan kami :)

Label