Daisypath Wedding tickers
Memaparkan catatan dengan label Candy buffet. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Candy buffet. Papar semua catatan

Jumaat, 14 Disember 2012

Sweet as Peach Dessert Table

Hmm.. last entry was about the wedding solemnization, as promised I will highlight the dessert table that we made it in this event.  Still in this theme peach pink wedding, we created the dessert table in peach colour pallete. 
As usual we will strive to make a difference for every dessert table we produce, then as their request, dessert table made ​​in two separate corners.

Personalized Chocolate bar
       
Tagging and sugar cookies

Enjoy the dessert
Chocolate fountain
The Cakes

We are pretty picky in choosing the types of dessert to put on the table, so that not just look cute and beautiful but a very-very importantly it is also delicious to eat. And.. that is what we received when we came back to clearing up the table at the end of the event (every event actually) it make us feel very satisfied when looking at the table full of cute and tasty food (just now) and now was empty and finish already.

But sometimes, an incident happens that we do not expect when the chocolate fountain stopped working in the middle of the run, while we were back home. There, may be a technical mistake or problem happens from the hall that we do not know because at first there is no problem from our side.

By the way, Alhamdulillah, fortunately the host did not scold us when we gave an explanations , and we give discounts to them to make amends. Fuhh .. hopefully no more incidents like this happen.
 
Note: a bunch of thanks to Datin, Datuk and the rest of family for your kindness and trust in us.
To us...Keep it up!! 

Selasa, 28 Ogos 2012

Songket in Modern Vintage

Salam Aidilfiti buat semua friends and followers.  Dah hampir 2 bulan saya tak menulis di sini... bukan tiada yang menarik untuk dicoretkan tetapi masa begitu sikit untuk saya kejar dan agihkan kepada semua perkara.  Walau bagaimanapun sebulan Ramadhan yang berlalu begitu pantas terasa bagaikan tidak puas rasanya, belum cukup amalan kalau dikira dengan jari, haus terasa iman ini berbanding mereka-mereka yang sentiasa mengabdikan diri kepada Allah swt, namun syukur Ahamdulillah dapat juga bertemu Ramadhan yang berlalu baru-baru ini untuk mencari RedhoNya.

Berbalik cerita dekorasi kali ini, yang tertinggal jauh di belakang, dekorasi yang dibuat khas untuk Majalah Ratu Sehari edisi ke-6.  Kami diberi peluang untuk menghias wajah cover majalah hebat ini dan ia satu penghargaan.  Bukan sahaja menghias pelamin yang konsepnya ditentukan oleh MRS tetapi De Classafora turut diberi peluang menatarias centerpiece meja makan utama (kononnya) dengan dessert dan hiasan.

Peluang ini pastinya tidak kami sia-siakan.  Kesinambungan songket dan vintaj diabadikan di bawah satu hiasan dan kami bangkitkan dengan olahan serta sentuhan vintaj dan sedikit modern.

sketch 1
Kami beri 2 options, dengan 2 sketch untuk dipilih dan akhirnya kedua-dua sketch digabungkan.
sketch 2


dah jadi cover..

 
Pelamin dihias indah dengan taburan kusyen-kusyen berwarna senada dan songket sebagai elemen utama
 
Gubahan bunga yang pastinya menyerikan lagi suasana 
 
 
Meja Utama yang diberi nafas segar dan mewah dengan konsep yang sama, pasti mata tertumpu kepada kek dan cupcakes!
kek dan cupcakes yang diilhamkan  Hannie Collection/Hannie & Co... cukup cantik...bravo 
Saya pasti satu hari nanti hiasan begini akan kami buatkan untuk klien bertuah kami :))
Lokasi: De Classaflora
Tarikh: April 18 2012
Tema: Vintaj dan songket
 
p/s: Thanks to Ratu Sehari crew.... Insyallah, ada peluang kita akan bekerjasama lagi

 
 



Khamis, 19 Julai 2012

Precious and Sweet

Dessert Table antara perkara yang paling mencuri perhatian di dalam sesebuah majlis, maka kami mengambil peluang ini lalu menyatakan hasrat kepada Irma untuk membuat dessert table di majis pernikahannya.  Saya pasti beliau sendiri tidak dapat bayangkan apa yang bakal kami persembahkan nanti dan nyata sekali company yang saya 'hire'kan pun pada asalnya mereka tidak pasti milik siapa :)

Hmm.. Tidak hairanlah bila Irma sendiri merasa frust tidak dapat menikmati dan menghayati betapa sweeeettnya dessert table ini apabila kami mula men'setup' meja ini pada ketika kaum lelaki pergi solat Jumaat dan beliau sendiri sudah mula bersiap untuk majlis Akadnya..



 





Nantikan idea-idea dan persembahan yang 'fresh' dan terkini dari kami, bukan hanya sedap di mata dan pasti sedap dirasa jua....

*p/s Irma Hasmie.....nanti kita buat yang special untuk awak :)

Selasa, 3 Julai 2012

Truly Garden Wedding

Salam Semua Pembaca....

Paparan kali ini mengenai majlis perkahwinan dalam taman of courselah Garden Wedding.  Bila diimbas kembali ternyata sudah lama De Classaflora tidak berinspirasi di 'outdoor' wedding dan majlis terakhir ialah hampir 2 tahun yang lalu tak silap saya, uh...lama tu.

Majlis kali ini milik pengantin yang lebih dikenali sebagai Erin dan Hadi.  Majlis yang bertemakan warna hitam dan putih ini kami selitkan warna ungu violet dan lavender supaya ia tampak ceria seceria suasana majlis.

Hiasan bermula dari tangga untuk turun ke tapak taman, dan disambut gerbang yang kami hias.  dan tetamu kemudiannya di sambut dengan photo booth lalu ucapan mereka dirakamkan di dalam buku tetamu/guest book (kerjasama daripada Photo guestbook by Rosebay).
 



Karpet merah juga kami hiaskan dengan sangkar-sangkar 'bunga' serta pagar-pagar kecil dan pokok lavender 'artificial' (mana nak dpt kat Malaysia yg fresh :)) juga 'square arch ditengahnya.



Si kecil saya turut membantu
Pelamin kami hias dengan elemen-elemen garden tanpa backdrop supaya pemandangan dibelakang kelihatan, dan maintable dihias sarat dengan bunga-bunga fresh yang berwarna purple.  Kebetulan pengantin pula menggunakan chiavari chair pada meja vip, maka kami hiaskan dengan bunga di penyandarnya dan meja-meja tetamu kami hiaskan dengan bunga krisantimums di dalam vase.
 





Tetamu juga tidak ketinggalan dihidangkan dengan dessert yang turut kami hiaskan.  kredit buat Little Lovesome di atas dessert table yang cute.




 

p/s:  Buat Erin dan Hadi, perjalanan alam perkahwinan adalah suatu permulaan bagi fasa yang baru, harungi segala pahit manis dengan cara berhikmah semoga perkahwinan kekal hingga akhir hayat... 

Label