Majlis Nikah ada penentu bagi sesebuah rumahtangga, tak nikah maka tak sempurnalah sebuah hubungan. Lokasi nikah cukup menjadi isu sama ada di rumah, mahupun di masjid, dan ada juga yang menyewa hotel, atau rumah sewa untuk menyempurnakan majlis ini, supaya berjalan lancar, tidak sesak dengan tetamu yang hadir, supaya selesa pihak kadi dan pengantin duduk bersila, supaya ada ruang yang cukup untuk mengatur barang-barang hantaran, semua faktor di atas pasti menjadi faktor utama dalam pemilihan lokasi untuk majlis Akad Nikah.
Lokasi yang di paparkan di bawah adalah Masjid Sultan Mizan atau lebih dikenali Masjid Besi Putrajaya. Memang luas dan cantik ruang legarnya, namun Q untuk bernikah rupanya boleh tahan juga. Pada hari ini rupanya ada empat pasangan yang bernikah di masjid ini dengan Tok Kadi yang sama maka perlu 'timing' dan menggunakan masa yang diberi sebaik mungkin.
Mujur menjadi pasangan yang terakhir pagi tersebut sebelum solat Jumaat sempat kami mencuri ruang yang ada untuk menghias sudut Nikah tersebut supaya suasana nampaklah majlis nikah.. :)
so... sebaik sahaja selesai pasangan sebelumnya bernikah berlari kami (krew DC) memasang hiasan pada sudut tersebut...hmm, 5 minit siap.... pengantin dipersilakan duduk... :)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan