Daisypath Wedding tickers
Memaparkan catatan dengan label Pelamin Rumah dan Nikah. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Pelamin Rumah dan Nikah. Papar semua catatan

Khamis, 28 Februari 2013

In Stunning Bloom Inspired Yellow and Grey Wedding

Assalamualaikum wbt...

Apa khabar semua, semoga semuanya senantiasa di bawah lembayung Rahmat Ilahi.  Hati saya sedikit gusar minggu ini tatkala menzirahi datuk saudara yang di dalam keadaan nazak, dan rasa sangat tersentuh apabila khabar mengatakan beliau dijemput Ilahi selepas sehari saya dan suami menziarahinya. Alhamdulillah sempat saya menziarahinya dan kuranglah rasa terkilan dan hati sangat sayu kerana beliau juga seperti ayah saya sendiri, dan keadaan begini membuatkan hati kecil ini amat rindukan ayah.... hmm (fullstop)

hurrmm.... begitulah roda sebuah kehidupan, dan akak akui kerja seperti kami menuntut kami harus cekal dan tabah namun elakkan lupa diri.  Adakalanya kami tak dapat menghadirkan diri dalam mana-mana majlis sama ada majlis kahwin, reunion, kematian, mesyuarat setempat dsbnya... kerana kebanyakannya diadakan pada hujung minggu dan kerja kami juga pasti di hujung minggu. 

Entri kali ini bukan kisah sedih pun... tetapi sedikit emosi yang ingin saya kongsikan, bahawa kita harus sentiasa beringat dan muhasabah diri bahawa ajal, maut dan jodoh semua di tangan Allah.  Dan pastinya jodoh kita kali ini bersama pasangan yang dijodohkan oleh rakan mereka sendiri (wahh..gossip gitu..)... ala.. cerita pengantin ini juga pada akak dan akhirnya membawa ke jinjang pelamin..Alhamdulillah.

Memilih konsep simple- Less is more!! the 'bride' datang kepada akak dengan menyampaikan hajatnya dengan tema dan warna pilihan, Yellow and Grey, akak suka!! warna yang berani, moden dan suweeet!!

Maka hiasan kami detailkan pada setiap sudut dengan sentuhan warna yang sama, kuning, putih dan kelabu.  Rekodnya kali ini akak bersama 3 staff perempuan sahaja yang mendekorasi majlis ini ... haha Woman's Power!!  Sentuhan tak kurang hebatnya tatkala tiada langsung sentuhan si encik suami akak yang sibuk ke majlis yang kebetulan sama waktu dengannya. 

Kredit gambar kepada G.I Photoshoot ( http://www.facebook.com/giphotoshoot?fref=ts ), terima kasih Dilla yang meminjamkan tumbdrivenya kepada akak so... akakpun copylah dengan sesuka hatinya..

.
guest book table decor
Green carpet

laluan 'tunnel' ke rumah
ruang rumah di penuhi dengan pelamin dan sudut nikah serta hantaran
Hiasan dan gubahan bunga di sudut pelamin
kipas dan bantal tangan..
Pasangan pengantin yang sejoli...
ok... bagaimana? sweetkan colour ni? In Stunning Bloom sesuai sangatkan sebab semuanya nampak bloom termasuklah pengantinnya!

p/s: Buat Dilla, hidup berumahtangga adalah lumrah jika ada sedikit perselisihan, jadikan ia sebagai pengerat hubungan, penambah kasih sayang, penguat ikatan... kenalilah antara satu sama lain dan harungilah pelayaran ini dengan bahagia.... Peace no War!! :)

Rabu, 4 April 2012

A Stunning Red Theme Wedding

Sejak akhir-akhir banyak pula yang menggunakan tema perkahwinan berwarna merah, dan bulan March saya gelar bulan bertemakan merah. Reception theme untuk hall dan juga rumah serta hantaran semuanya bertemakan merah walaupun bukan dari client yang sama, namun saya letakkan ia di dalam satu post yang sama yang menghimpunkan koleksi merah dalam perkahwinan.

Red and Gold reception theme for Rinie and Raja







Kombinasi Merah dan Hitam Hantaran




Pelamin yang juga bertemakan Merah dan Hitam


Yang penting, cantik dan sejuk mata memandang, dan majlis berjalan lancar....

Regards!

Sabtu, 14 Januari 2012

Enchanting And Romantic Solemnization

Salam Semua....

Sudah ikuti entry sebelumnya? This is our second phase after finished the Bollywood Theme. Memang sehari suntuklah kami berada di sana, kali ini di ruang tamu pula Pelamin Nikah dan juga hantaran perlu disiapkan kerana majlis akan berlangsung keesokan paginya.

Mengapa Enchanting and Romantic Soemnization? ...owh sudah tentu penggunaan warna pastel dan juga gabungan hiasan serta jambangan bunga membuatkan suasana tampak begitu elegance dan romantic.  Pilihan warna-warna pastel amat sesuai untuk majlis nikah kerana ia kelihatan begitu bersih dan suci sekali...wah macam iklan :)
Ruang Tamu Yang Telah Dihias Indah


Selain penataan cahaya, penggunaan deco item seperti kusyen rose dan pearl juga sesuai dengan konsep yang ditampilkan supaya kelihatan mewah.


Penggunaan bunga-bunga segar pada jambangan berwarna champagne dan ivory menghiasi sudut-sudut pelamin juga mengharumkan segenap ruang

Latar belakang yang sarat dengan hiasan dan sedikit calitan warna keemasan pada frame dan juga tassel memberi sentuhan kemewahan


Hantaran juga mengikut konsep yang sama, dihias indah di atas dulang yang telah kami tambah eksesori dan juga hiasan bunga segar.

(ikuti paparan seterusnya di majlis resepsi di Crown Plaza)

Terima kasih :)

Label