Daisypath Wedding tickers
Memaparkan catatan dengan label vintage wedding theme. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label vintage wedding theme. Papar semua catatan

Selasa, 28 Ogos 2012

Songket in Modern Vintage

Salam Aidilfiti buat semua friends and followers.  Dah hampir 2 bulan saya tak menulis di sini... bukan tiada yang menarik untuk dicoretkan tetapi masa begitu sikit untuk saya kejar dan agihkan kepada semua perkara.  Walau bagaimanapun sebulan Ramadhan yang berlalu begitu pantas terasa bagaikan tidak puas rasanya, belum cukup amalan kalau dikira dengan jari, haus terasa iman ini berbanding mereka-mereka yang sentiasa mengabdikan diri kepada Allah swt, namun syukur Ahamdulillah dapat juga bertemu Ramadhan yang berlalu baru-baru ini untuk mencari RedhoNya.

Berbalik cerita dekorasi kali ini, yang tertinggal jauh di belakang, dekorasi yang dibuat khas untuk Majalah Ratu Sehari edisi ke-6.  Kami diberi peluang untuk menghias wajah cover majalah hebat ini dan ia satu penghargaan.  Bukan sahaja menghias pelamin yang konsepnya ditentukan oleh MRS tetapi De Classafora turut diberi peluang menatarias centerpiece meja makan utama (kononnya) dengan dessert dan hiasan.

Peluang ini pastinya tidak kami sia-siakan.  Kesinambungan songket dan vintaj diabadikan di bawah satu hiasan dan kami bangkitkan dengan olahan serta sentuhan vintaj dan sedikit modern.

sketch 1
Kami beri 2 options, dengan 2 sketch untuk dipilih dan akhirnya kedua-dua sketch digabungkan.
sketch 2


dah jadi cover..

 
Pelamin dihias indah dengan taburan kusyen-kusyen berwarna senada dan songket sebagai elemen utama
 
Gubahan bunga yang pastinya menyerikan lagi suasana 
 
 
Meja Utama yang diberi nafas segar dan mewah dengan konsep yang sama, pasti mata tertumpu kepada kek dan cupcakes!
kek dan cupcakes yang diilhamkan  Hannie Collection/Hannie & Co... cukup cantik...bravo 
Saya pasti satu hari nanti hiasan begini akan kami buatkan untuk klien bertuah kami :))
Lokasi: De Classaflora
Tarikh: April 18 2012
Tema: Vintaj dan songket
 
p/s: Thanks to Ratu Sehari crew.... Insyallah, ada peluang kita akan bekerjasama lagi

 
 



Jumaat, 20 Julai 2012

A Royale Vintage

Belum hilang sepenuhnya kepenatan kami bersambung pula tugasan kedua di dewan MAEPS Serdang untuk majlis Resepsi Irma Hasmie dan Redza.  Dewan yang memuatkan hampir 150 meja ini kami rias bermula malam sebelumnya dengan 3 buah lori dan masing-masing 2 trip untuk mengangkut barang-barang.  Tugasan kami sebagai pendekorasi bermula dari photo booth, pintu gerbang, laluan karpet merah, pelamin, meja makan beradap dan juga centerpiece semuanya sudah dirancang awal pastinya.

Namun kami tidak merasa tertekan  memandangkan team kerja De Classaflora yang cukup memberi kerjasama sepenuhnya serta hubungan dengan team fotography, FM, Videography dan family pengantin cukup baik.  Hmm...pengantin dah tentulah baik :-) malah sama-sama turun padang memberi kerjasama.

Dekorasi untuk dewan juga Irma Hasmie serahkan 100% kepada kami, maka cetusan idea semuanya datang dari encik suami saya sendiri, dan saya sebagai 'nasi tambah'nya sahaja.  Saya pasti bila lakaran di tunjukkan Irma sendiri tidak dapat bayangkan kerana 'sketch' encik suami saya tidak menggunakan graphic terkini hingga Redza sendiri pernah menyebut "abe...come!supo hok lukis tu.." selorohnya dalam lorat Kelantan :-), itulah lukisan lakaran kami juga untuk klien-klien yang lain, yang realiti lebih cantik dari nukilan di atas kertas...



Lakaran asal
Siap

Pelamin pasti kurang indah tanpa dihias dengan gubahan bunga 


"De Classaflora kalau tak order bunga banyak2 dan mahal2 tak sah, sudahlah tiada daun!!" salah seorang team kami yang sering merungut apabila mula membuka kotak bunga, pengalamanya yang pernah bekerja dengan tauke Cina pasti dapat menilainya :)



Ini antaran salah satu sudut2 hiasan yang benar-benar diimpikan kami.... 

 Meja kek turut kami hias bersesuaian dengan kek 7 tingkat yang diinspirasikan oleh Pn Roslina dan Suami Tn Hj Rameli dari Blooming cake.  Kek yang disketch oleh mereka dan diemailkan kepada Redza juga sama seperti seperti yang dijanjikan.



Lakaran asal untuk Arch




Gerbang yang memisahkan antara entrance dan juga dewan majlis juga mampu menarik perhatian tetamu

Siap



Maintable yang agak lari sedikit daripada sketch asal diubahsuai mengikut keadaan yang sesuai dan dihias dengan begitu detail serta ditambah aksesori beserta gubahan bunga segar.




Laluan yang agak sempit ini kami tetap hiaskan seperti yang dijanjikan dengan kehadiran meja-meja konsul serta meja sudut seolah melangkah kaki memasuki istana.






photo booth yang cukup selesa dihias indah untuk para tetamu merakamkan ucapan mereka di dalam 'guestbook' yang diilhamkan oleh Rosebay creation untuk majlis Irma dan Redza.  Mujur juga ruang ini lebar dan selesa kerana memang beratur para tetamu bagai membeli tiket wayang :)
Antara gambar kenangan yang sempat kami rakamkan..

*p/s:  Buat Redza dan Irma jadilah suami isteri yang soleh dan solehah dalam meniti arus kehidupan rumahtangga semoga kalian berdua diperoleh keberkatan hidup di dunia dan di akhirat...Amin!

Label