Rabu, 27 April 2011

BANTING..oh...BANTING

Pengantin: Nor Aziela dan Wan Mohd Najmuddin
Ibu Pengantin: Mesra dipanggil K.Noor
Lokasi:  Kawasan Perumahan di Banting Selangor
Konsep: Garden Wedding
Warna Pilihan: Purple, pink dan putih

Aduhh... jauh rupanya Banting dari KL, itulah kali 2 saya menjejakkan kaki ke Banting, pertama kali ketika meninjau lokasi majlis.  Mujurlah tiada majlis lain pada hari yang sama kalau tak pasti 'patah kaki' dibuatnya.  Anak-anak ku hantar pulang ke kampung meraikan majlis perkahwinan sepupu mereka, maka kamipun mengambil sebuah homestay berdekatan rumah pengantin supaya senang berulang alik, nampak sahaja seperti boleh disiapkan 1 hari, tetapi 2 malam kami berada di sana bagi kerja-kerja pemasangan dan menghias, memandangkan berbagai acara dijalankan oleh tuan rumah... owh ramainya tetamu bagaikan datang ke karnival.. :)

Kami tiba hampir lewat petang, sempat mengatur barang dan memasang basic pelamin di dalam rumah, kami berhenti utk menunaikan perkara wajib (Solat Maghrib), sesudahnya kerja diteruskan sehingga selesai sebelum kami dijemput makan malam.... aduhh..sedapnya, nasi putih, tempoyak masak, masak lemak nangka dan asam pedas...perrghh!!











keesokannya pula sebaik selesai sarapan pagi di gerai berhampiran (nasi lemak yang best!!) kami menyambung semula kerja-kerja seperti menggubah bunga dan membuat hantaran, selesai dalam pukul 12.30 tengahari, kami pulang berehat dan datang semula selepas asar untuk menyiapkan pelamin di bawah khemah untuk majlis berinai. Sehingga waktu maghrib juga kerja-kerja dijalankan dan kami beredar sementara waktu untuk memberi peluang pada majlis tersebut dan datang semula dalam pukul 11.00 malam untuk set-up meja makan beradap (hmm...mujurlah kami bermalam di situ, so tak kisahlah berulang-alikpun)



Keesokan pagi kami datang lagi untuk 'finale touch-up', seperti bunga dan kain pentas di tukar kerana sudah kotak dipijak semalam.  susun atur hiasan juga diubah sedikit berbeza untuk majlis persandingan di siang hari. 





Hati saya sering terdetik.... "orang yang baik, rezekinya sentiasa ada walau di mana"
terima kasih tuan rumah yang meberi layanan yang baik kepada kami...

Sabtu, 16 April 2011

FIRST GARDEN WEDDING BY DE CLASSAFLORA (2006)

Melihat kembali gambar-gambar terdahulu, hatiku masih terpaut pada dekorasi yang satu ini, bukan cantik (masuk bakul ke?) namun aku mula terfikir pada tahun ini De Classaflora sudah melakar sejarahnya tersendiri dalam dekorasi Perkahwinan dalam Taman.

Bertuahnya anak-anak sedara yang memasuki alam perkahwinan, kalau bukan tempat rujukan sudah pasti sebagai wedding planner, nyatakan sahaja konsep dan keinginan mereka Insyaallah pasti ditunaikan, dan ia juga berbayar (adalah diskaunnya :))

Sudah lama tak membuat majlis perkahwinan seumpama ini sejak 2 tahun, rasa teringin pulak, namun cuaca yang tidak menentu barangkali menghalang niat setiap pasangan untuk majlis 'outdoor', so.. majlis itu kini banyak dibuat di dalam dewan mahupun di bawah khemah... jadilah, janji majlis tetap berjalan lancar, itu yang penting.
 Jambangan bunga di dalam 'Watering can' sebagai centerpiece

 Gazebo di dalam taman
Arch dan pillars...(sekarang dah tak ada dah arch ni :))

Sudut lepak yang sangat santai

Walkway

Cantiknya view.... gambar dah siap baru perasan nampak KLCC

Meja makan beradap dan Kek

Sweet Garden Wedding Deco


Selasa, 12 April 2011

HANTARAN

GUBAHAN HANTARAN NORAZILA (THEME: PURPLE AND WHITE)
Flower: Purple roses, eustoma, orchid, button, ivyleaf
Exclusive from De Classaflora

(Jam)


(Perfume and Toiletteries)

(Wallet and Belt and Sun Glasses)

(Sireh Junjung... Latest design)

(Al Quran)

(Camera)

(Kemeja dan seluar)

(Kek Hantaran)

Hantaran ini mengambil masa tak lama, memandangkan majlisnya pukul 2pm, so saya dan staff memulakannya sebaik sahaja selesai brakefast dan mencari lokasi sesuai untuk kerja-kerja menggubah.  Tidak mahu mengganggu kawasan/ruang legar di rumah pengantin, kami meminta ruang letak kereta jirannya, mujurlah jirannya baik orangnya. selesai sahaja terus di susun di hadapan pelamin...wahh.. look nice!!



 ini bukan pengantin...tapi orang kuat DC...kredit to Ain dan Aisyah

Isnin, 11 April 2011

FLOWER ARRANGEMENT

BUNGA.....amat sinonim dengan De Classaflora, pendek kata setiap setiap minggu pasti bermain dengan bunga, anak-anak sayapun sudah di ajar dengan nama-nama bunga..orkid, rose, kekwa, dan mereka juga berminat untuk cuba menggubah sendiri, kadang-kadang diberi kebebasan dan kadang-kadang tidak dibenarkan (kerna lebih kepada mengganggu haha)

Di bawah... sebahagian lagi antaran gubaha-gubahan bunga hasil De Classaflora, saya, suami dan staff yang menggubahnya sendiri, sentiap minggu kami cuba memerah otak mencari idea-idea berbeza untuk gubahan tapi adakalanya kelihatan sama (kes dah kering idealah tu... :)  )



(Side flower arrangement - untuk majlis pertunangan salah seorang pelanggan kami)

 ( Flower arrangement for buffet table - grandkan)
 ( Artificial flower arrangement )
 ( Flower arrangement for Coffee Table - Long and Low)
flower: Cymbidium, orchid, purple peacock, roses)
 ( 4 different flower arrangement - flower: Stargazer, Cassablanca, Cabbage, oses, Orchid, Mums etc.)
 ( Console flower arrangement: flower - Cassablanca, Roses, Pingpong, Orchid, Peacock)
 (Long and Low arrangement, Flower: Roses and orchid)
 (Beauty Pink and purple rose)
 ( Small posy in glass vase, for small round table/ side table)
 flower: Roses, Orchid and silver leaf)
 (Red Big and Round arrangement for dias)
flower: roses, gerbera, mums, daisy, candle leaf)
 (Long and low arrangement for console, dining table or coffe table)
Flower: cymbidium, pingpong, red ginger, roses, orchid,spider, tea leaf and matiola)
 (Long and low arangement for coffe table or dining table)
Flower: Cymbidium. roses, stargazer, barbatus, orchid daisy)
 ( table posy arrangement in glass)
flower: butterfly orchid, roses, carnation, ivy leaf)


dan dari sehari ke sehari De Classaflora akan terus mengekalkan dan meningkatkan lagi mutu dan kualiti kerja untuk kepuasan semua..

Label