Daisypath Wedding tickers
Memaparkan catatan dengan label rainbow theme. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label rainbow theme. Papar semua catatan

Selasa, 12 Jun 2012

Cheers Like a Rainbow...

Assalamualaikum wbt....
Salam penuh ceria semua, seceria entry saya kali ini (senyum)...
Majlis yang dipaparkan milik pasangan Azmir dan Liyana, di mana majlis mereka digabungkan bersama, sebenarnya senang begini, kalau tetamu tak ramai maka lebih baik majlis dikongsi bersama.  Pertemuan kami tidaklah terlalu awal , dua bulan sebelum majlis tak silap saya, namun pertemuan demi pertemuan, maka kata sepakat telah diambil, dari asal tema berwarna purple silver akhirnya pemilihan tema berwarnakan warna-warna pelangi serta nampak ceria.  Sesekali pengantin memperingatkan saya agar memastikan majlis tidak kelihatan seperti funfair atau birthday party namun yang pasti warna-warna pastel itu akan menceriakan suasana.

Kehadiran tetamu disambut ceria dengan pintu gerbang diluar dan dalam dewan dan juga photo booth
yang cukup besar untuk diabadikan kenangan di dalam guest book yand disediakan

Sudah menjadi satu kemestian 'photo guest book' sebagai satu kenangan yang bermakna buat kedua mempelai
berjalan menyusuri karpet merah ditemani bunya-bunga mekar yang berwarna warni
pelamin indah memenuhi ruang pentas di selitkan warna pastul cukup menceriakan suasana
Gubahan bunga-bunga segar menepati tema memukau mata yang memandang serta memberi
aroma yang begitu segar sekali

pilihan warna-warna ceria untuk bunga dan deko items

maintable juga dihujani warna-warna pelangi dengan gubahan bunga segar
Mungkin ia satu kelainan dan pelik bagi sesetengah orang namun yang penting kepuasan dan impian si pengantin itu sendiri tercapai.  Saya sendiri juga mengakui ia cantik dan ceria sebaik sahaja kami mengakhiri tugasan kami.  Realiti lebih cantik sebenarnya :)

p/s: Amir dan Liyana, seronok mengenali kalian berdua, senang berbicara, baik tuturkata dan semoga perjalanan alam rumahtangga seceria majlis kalian.

Ahad, 15 April 2012

It's Pastel Spring Wedding Reception

Salam Sejahtera, di doakan semoga kalian semua sentiasa berada di bawah lembayung rahmat Ilahi.  Dalam kesibukan seharian pastinya kita tidak akan lupa akanNya agar hidup kita sentiasa dirahmati...Insyaallah.

Hmm... apa entry kali ni ye? Spring theme, wow! dah macam-macam theme wedding dua tiga 'menjak' ni, sehinggakan dah tak tahu nak letak apakah nama concept wedding supaya nampak sedikit kelainannya.  Terdetik juga difikiran saya, 'hmm... zaman saya mana ada theme2 ni, cuma baru colour saja yg up-to-date', itupun masih ada yang berwarna-warni, janji majlis selesai :)


 
'Antara props yang turut disediakan oleh pengantin dan rakan-rakan'
Kali ini tentang Spring Wedding, saya namakannya Spring sebab pada musim springlah suasana penuh dengan warna-warni, tatkala si pengantin datang kepada saya menyatakan hasrat sukakan pastel colour dan menunjukkan beberapa gambar yang di ambil dari 'pak cik google', saya sudah faham apa yang beliau impikan, maka encik suamiku pun melakarkan pelamin, maintable, walkway, candy table dan photo booth serta hiasan meja tetamu  mengikut citarasanya serta gabungan idea kami.



Melangkah kaki menuju ke pintu dewan, tetamu pasti rasa 'welcomed'. Itulah antara tujuan utama bila hiasan sudah ada di pintu masuk.  Photo booth antara tarikan tetamu yang datang, mereka boleh bergambar lalu merakamkan sebarang ucapan dan doa buat mempelai.  Yang seronoknya apabila ruang yang kecil itu dapat dimanfaatkan bagi mereka yang tidak berkesempatan bergambar di pelamin.  Bukan sahaja yang muda, makcik-makcikpun boleh berposing maa... :)




Pemilihan hiasan belon dikira berani kerana silap menggunakan fungsi ini pasti keadaan kelihatan seperti birthday party.  Namun, meleset sekali anggapan ini apabila belon digabungkan dengan bunga serta hiasan lain memberi suntikan yang amat berlainan dan segar sekali.... sebenarnya amat comel..





 * Buat Oshen dan Musz, semoga hari-hari yang dilalui seindah dan seceria majlis ini..sentiasa, Amiiin Ya Rab!

Label