Selasa, 16 Julai 2013

A Charming dusty pink and purple theme

Assalamualaikum dan hai everybody!!

waaaa.... lamanya akak menyepi!! (notice utk diri sendiri) itulah kata orang bila dah berhenti pasti susah utk memulakannya semula.  Hmm... macam kes ganti puasala, kalau dah tengah rajin better terus buat tanpa non stop, kalau dah berhenti alamat sampai dah nak masuk ramadhan barulah kelam kabut nak ganti...(status dah dekat nak Ramadhan :))

Entri kali ini akak sukakan hasilnya, bukan sahaja mainan warna malah, design pelamin, aura dan juga suasananya tampak begitu romantis.  Mengambil kira anganan dan impian pengantin dikira agak details orangnya, serta bapa pengantin yang turut masuk campur (jarang bapa pengantin masuk campur hal-hal dekorasi sebenarnya) maka kami tidak boleh mengambil kira ianya sebagai sesuatu yang mudah, malah perlu diambil lebih serius!!

Temanya yang lebih kepada 'look modern and elegant' kata pengantinlah, so mix dengan english theme so akak (opps.. kami) tokok tambah  dengan 'bow' yang bersaiz large di tangga dan juga pada hantaran. Hmm... rupa-rupanya si pengantin memang sukakan bow dan pada bajunya juga ada 'bow' so..kebetulan yang menggembirakanlah nampaknya.


Hantaran pulak akak tak gubah dengan bunga yang terlalu sarat dikeliling tetapi sarat dkiri dan kanan dulang yang berbentuk bujur, namun accessories yang melampau dengan 'bow' dan 'crown' serta dulang yang cantik pastinya ia tidak menghampakan... :)

Sebenarnya akak nak naikkan gambar gubahan bunga bilik dan bunga tangan serta details decor di pelamin, namun keadaan yang sudah suntuk, dan masa akak untuk menedit gambar adalah terhad, so... tataplah apa yang ada ni dulu ek..

ok.. nanti kita story mory pasal majlis resepsinya yang theme kami buat di luar kawasan rumah pula ye..

p/s: to Myra... maybe tersangatlah lambatnya akak meng'update' pasa wedding Myra, btw... ia bermakna ia senantiasa berada di dalam ingatan gitu.... happy forever ya!!

Isnin, 22 April 2013

Cradle In Spring Garden

Bertuahnya anak-anak kecil sekarang, dilahirkan dengan penuh kasih sayang, disambut dan diraikan. 

Penataan kali ini lebih kepada "taste" yang di 'request' oleh ibu si baby ni... theme tak kisah tetapi dimainkan dengan warna tema kuning dan kelabu...yellow and grey.

Sweet kan color ni, lari dari kebiasaan pink and blue.  Sesuai juga untuk anak lelaki mahupun perempuan.  Dengan fresh flower yang mengharumkan segenapkan ruang.... pasti baby dibuai lena semasa majlis berendoi.


p/s:  Majlis berendoi bukan satu tuntutan tetapi ia adalah adat, yang dituntut adalah majlis aqiqah dan cukur jambul, namun selagi adat itu tidak menyalahi tuntutan agama dan tidak lari dari syariat maka ia di bolehkan....

Sabtu, 20 April 2013

Bride Inspiration { Colours of Romance!!)

Aqua Blue and Champagne Inspirations

Today I am so honored to be  sharing one of my favorite weddings! I am in love with this colour!! Its rarely chosen ... I mean in Malaysialah. It seems like a romantic and warm color. Pairing fresh florals, glam element (like cristal ball) and feather in bright blue color palette made this wedding feel almost beachy and glam!!
The arch with draped curtain, combined of two main colors aqua and champagne

The isle.. with flowers and console table
Flowers arrangement... in champagne colors
A simple touch for main table
Hall decorations
Pelamin...
 p/s:
I can't write long and detail for a while... it's about time, and don't have enough time.  Got more picture to edit and to show here.  So, let pictures tell the story.. see u all on the next wedding!!

Selasa, 12 Mac 2013

Dusty and Fluffy Pink Inspirations

Good can write here again!!...Assalamualaikum, Alhamdulillah syukur masih dipanjangkan usia.

B2b di luar sana...!! Masih tercari-cari warna yang sesuai untuk majlis istimewa anda!!? Ada yang ikut color of the year, ada yang ikut baju dan ada yang mengikut warna kegemaran.  Terpulanglah kepada diri sendiri yang mana anda suka, yang penting pembikinan dan permainan warna itu tidak terjejas dan sentiasa cantik di pandang!!

Entri kali ini akak bercerita tentang warna merah jambu, pink... warna yang sering menjadi pilihan mempelai terutamanya perempuan dan psst... lelaki sekarangpun dan boleh pakai warna pink, dan tak kelihatan janggal.  Dusty pink sering jadi pilihan sebab nampak sangat elegant, baby pink nampak sweet, shocking/cherry pink perlu berani.

Untuk majlis Nikah dan sekaligus resepsi, milik pengantin ini yang inginkan majlis yang simple, maka kami corakkan utk majlisnya satu hiasan yang tidak kelihatan over tetapi sangat manis dipandang.  Sentuhan dusty pink hanya pada peacock feather dan bunga serta kusyen-kusyen.  Dan yang lainnya berwarna cream ivory.

penggunaan warna senada sangat memberi impak
Ruang yang tidak terlalu luas akan kelihatan luas jika penggunaan warna cerah secara maksima
warna dusty pink cukup mempersona :)
menggunakan jenis bunga yang sama tona
Rose maria, eustoma pink, gerbera dan stargaizer kesinambungan yang amat cantik
Khemah pilihan kerjasama dengan Syakilla canopy
Simple centerpiece menggamit tetamu yang datang
Warna yang cukup menenangkan
Hiasan main table yang memberi peranan utama
Simple handbouquet juga mengikut warna tema
So Jangan pening kepala memilih warna tema, pilih sahaja warna yang anda suka di mata anda.  Sebagai vendor, De Classaflora pasti akan menceriakan dan menggunakan peluang sebaik mungkin untuk majlis anda.

Ps... Buat Pasangan ini semoga bahagia hingga ke syurga!!

Khamis, 28 Februari 2013

Yellow and Grey Hantaran

Salam everybody.  Kali ini akak nak kongsikan tentang hantaran.  Jarang juga akak naikkan gambar hantaran rasanya, bukannya jarang buat tapi sometime x shootpun gambar hantaran sebab design yang hampir sama dan sometime memang tak sempat nak shoot. 

Entri ini hantaran milik pengantin Dalilah yang akak panggil Dilla.  Bertemakan kuning dan grey (tak sedap pulak bila sebut kelabu).  So, akak gunakan bantal kelabu yang sememangnya tengah hot time dia kahwin. Bantal kelabu dan bunga kuning dan cream...wow memang outstanding habislah... cantik!! combination dua colour ni, cuma orang melayu jarang sekali guna colour as their theme color.

Tengok... gambar handbouquete kat  bawah, 1. akak buat untuk majlis nikahnya (bunga ros dah habis langsung so akak guna krisantimums je atau kekwa) cantikje bila dah buat bouquet, dan bouquete kuning tu untuk majlis resepsinya yang dilansungkan ditempat yang sama selepas majlis nikah.

Honestly akak lagi senang create decor dengan warna natural dan semulajadi daripada warna-warna bunga yang sukar didapati, so...senang nak dapatkan meterialnya, tapi kalau dah orang nak warna lain kenalah juga dapatkan juga kan...

ok.. Jom kita tengok hantaranya pula...

Ada sembilan dulang semuanya kalau tak hilang dari ingatan ini, dua lagi buah dan kek kalau tak silap... 
sebenarnya mengambil package De Classaflora secara langsung anda tidak perlu risaukan tentang hantaran dan akaklah yang mengambil tanggungjawab itu untuk memikirkan design dan dulangnya (if pengantin tak kisah) tapi kalau dah ada pilihan sendiri so kita ikut je.

So..siaplah hantaran utk balasan, swettkan, barang-barang kat atas tu terpulang nak kasi apa janji senang dan ringan dan tak besar sangat, cuma pesan seorang ustaz kepada akak katanya " Cik Nanie... kalau customer minta cadangan barang apa yang perlu diletak di atas dulang, maka cadangkan supaya tidak diletakkan alQuran dan telekung"... pesannya

Akak tanya lagi... "Apa salahnya Ustaz.. kalau ia sebagai hadiah dan mungkin azam baru selepas kahwin atau koleksi di rumah baru nanti..?"
maka ustaz jawab, "kalau dia baca Quran tersebut dan guna tak mengapa tetapi kalau sebagai 'hiasan' di dalam hantaran dan tidak digunakan maka janganlah.... letaklah barang lain!!" tegasnya.

Owh akak faham sekarang... so harapnya b2b diluar sana juga faham maksud ustaz ini ya.  Ni bukanlah UAI tapi salah seorang ustaz yang dihormati... 

Wassalam...

In Stunning Bloom Inspired Yellow and Grey Wedding

Assalamualaikum wbt...

Apa khabar semua, semoga semuanya senantiasa di bawah lembayung Rahmat Ilahi.  Hati saya sedikit gusar minggu ini tatkala menzirahi datuk saudara yang di dalam keadaan nazak, dan rasa sangat tersentuh apabila khabar mengatakan beliau dijemput Ilahi selepas sehari saya dan suami menziarahinya. Alhamdulillah sempat saya menziarahinya dan kuranglah rasa terkilan dan hati sangat sayu kerana beliau juga seperti ayah saya sendiri, dan keadaan begini membuatkan hati kecil ini amat rindukan ayah.... hmm (fullstop)

hurrmm.... begitulah roda sebuah kehidupan, dan akak akui kerja seperti kami menuntut kami harus cekal dan tabah namun elakkan lupa diri.  Adakalanya kami tak dapat menghadirkan diri dalam mana-mana majlis sama ada majlis kahwin, reunion, kematian, mesyuarat setempat dsbnya... kerana kebanyakannya diadakan pada hujung minggu dan kerja kami juga pasti di hujung minggu. 

Entri kali ini bukan kisah sedih pun... tetapi sedikit emosi yang ingin saya kongsikan, bahawa kita harus sentiasa beringat dan muhasabah diri bahawa ajal, maut dan jodoh semua di tangan Allah.  Dan pastinya jodoh kita kali ini bersama pasangan yang dijodohkan oleh rakan mereka sendiri (wahh..gossip gitu..)... ala.. cerita pengantin ini juga pada akak dan akhirnya membawa ke jinjang pelamin..Alhamdulillah.

Memilih konsep simple- Less is more!! the 'bride' datang kepada akak dengan menyampaikan hajatnya dengan tema dan warna pilihan, Yellow and Grey, akak suka!! warna yang berani, moden dan suweeet!!

Maka hiasan kami detailkan pada setiap sudut dengan sentuhan warna yang sama, kuning, putih dan kelabu.  Rekodnya kali ini akak bersama 3 staff perempuan sahaja yang mendekorasi majlis ini ... haha Woman's Power!!  Sentuhan tak kurang hebatnya tatkala tiada langsung sentuhan si encik suami akak yang sibuk ke majlis yang kebetulan sama waktu dengannya. 

Kredit gambar kepada G.I Photoshoot ( http://www.facebook.com/giphotoshoot?fref=ts ), terima kasih Dilla yang meminjamkan tumbdrivenya kepada akak so... akakpun copylah dengan sesuka hatinya..

.
guest book table decor
Green carpet

laluan 'tunnel' ke rumah
ruang rumah di penuhi dengan pelamin dan sudut nikah serta hantaran
Hiasan dan gubahan bunga di sudut pelamin
kipas dan bantal tangan..
Pasangan pengantin yang sejoli...
ok... bagaimana? sweetkan colour ni? In Stunning Bloom sesuai sangatkan sebab semuanya nampak bloom termasuklah pengantinnya!

p/s: Buat Dilla, hidup berumahtangga adalah lumrah jika ada sedikit perselisihan, jadikan ia sebagai pengerat hubungan, penambah kasih sayang, penguat ikatan... kenalilah antara satu sama lain dan harungilah pelayaran ini dengan bahagia.... Peace no War!! :)

Label