Isnin, 28 Januari 2013

A Bride Inspired: Vintage Garden

September yang amat sibuk, sebulan dalam bulan ini saya tak sempat meninjau facebook mahupun instagram apatah lagi memetik 'key on' laptop, takut terleka di hadapan screen kerana kerja yang bertimbun menanti.  Namun hati sentiasa bersyukur kerana masih tidak leka dengan tuntutan Mu Ya Allah, terima kasih atas rezeki dan berkat rahmat Mu.  Pasti jika bukan dengan izinNya kami tak mampu untuk mengorak langkah setapak demi setapak.

Dewan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS Ampang) masih ramai yang belum tahu, dan team De Classaflora sendiri baru dua kali menjejak kaki ke sini, dan ini kali yang ke dua. Dewan yang boleh di katakan agak luas ini boleh memuatkan lima puluh meja dan harganya juga reasonable.  Dan kali ini kami ditugaskan berkarya dengan warna utama green, white, and gold.  sedikit selitan warna pink menambahkan manis dalam hiasan.

Mengenali si pengantin ini melalui rakannya yang merupakan klien kami.  Cukup senang berkolaborasi dengannya membuatkan kerja kami amat mudah dan berjalan lancar.  Rakan baiknya sebagai 'wedding planner' lebih banyak memberi idea.  dari pelamin nikah, hantaran serta hiasan di dewan semuanya kami buatkan tanpa disktech dahulu designnya dan yang penting menepati tema warna yang ditetapkan 

Majlis Nikah dan mini pelamin di rumah




green grass carpet mengiringi langkah menuju ke pentas
roman pillar di kiri dan kanan beserta spiral tree dan sangkar 'bunga'
Sejenak terlupa ... indoor garden wedding
elemen utama vintage garden
meja makan beradap dihias indah dengan bunga segar
sentuhan warna yang cukup menenangkan
menjamu selera sambil mencuci mata
pelamin tersergam indah
anggur....mencuri tumpuan umum

detailing decorations
vintage touch
champagne, green and ivory!!
flower arrangement
hall decor
Ok... cukup untuk paparan kali ini, thanks to Ina for your kindness and your photo... credit to photographer awak :) thanks jg utk Nana yang sentiasa setia dengan de Classaflora :)

P/s:  tak susah memikirkan majlis anda sekiranya kita temua orang yang betul2 boleh membantu dan tidak mengambil kesempatan... :)

Selasa, 22 Januari 2013

Dreams Wedding Inspiration

Salam Sejahtera, mengambil masa berminggu untuk menyambung tulisan saya di sini tak bererti saya melupakan setiap entry yang bakal saya terbitkan, namun akaklah segala-galanya dari segi, marketing, staff, 'boss' hehe, photographer dan peng'update' facebook dan blog..! (owh.. tamaknya akak ini, no no no... ini lebih kepada kesanggupan diri sendiri tau..!)

Perkongsian kali ini rasanya cukup bermakna buat mereka yang baru ingin menceburkan diri dalam wedding servis ini.  Tatkala kami diberi mandat mereka majlis resepsi ini yang berkonsepkan Dreams Wedding, idea demi idea yang keluar mencurah-curah.  Memandangkan pelamin dan konsep yang baru, dan kami sendiri sukakan kelainan sudah pasti atas dasar mix and match dari 'customer request' dan idea kami digabungkan.  Memikirkan kelainan yang lebih dahsyat lagi, kebetulan pula seorang rakan yang datang dari Indonesia tampil ke butik kami lalu menunjukkan skill mereka.  Maka setelah mendapat kata putus maka kami berhubung lagi perbincangan melalui layar internet menghubungkan kami, dari discussion, sketch, quotation dan segala perubahan demi perubahan... maka kerja bermula...dan terhasillah pelamin indah ini...
Pelamin yang direka khas untuk tema Dreams Wedding
 Themed Dreams Wedding ini sebenarnya diberikan sendiri oleh klien kami yang tidak mahu tema ini nampak seperti fairytales namun ia seolah-olah di dalam mimpi.  Maka kami ciptakan konsep yang pasti tatkala tetamu melangkah masuk ke dalam dewan perkataan yang terdikit adalah 'wow!' ..hmm mungkin bukan di mulut tetapi di dalam hati pastinya, kerana ada 'wow' factornya di situ.

Ruang foyer yang dihias oleh De Classaflora dan juga pihak hotel


Sudut photo booth yang dihias secara terperinci




spider yang menghiasi ruang syiling hall serta walklway
hiasan walkway berupa meja konsul yang dihias dengan vase-vase berisi air biru dan flower arrangement


Maintable bulat bersaiz besar ini kami hias juga dikelilingi bling-bling stand
Hiasan main table dengan centerpiece yang sarat dengan bunga hydrangea, cassa, roses, orchid, eustoma etc.
Pelamin kaca ini kami tambahkan lagi kemasan dan hiasan
Bola-bola cermin yang berlainan size turut menjadi bahan utama hiasan kami
Gubahan bunga yang pasti menyerikan lagi pelamin

Beginilah cara kami, team De Classaflora bekerja, memastikan setiap impian dan keinginan klien kami tercapai, yelah... anda membayar kami atas apa yang anda idamkan dan itulah yang harus kami berikan.  Setiap sudut pasti kami hias dengan terperinci hingga mencapai kepuasan kami dan pasti customer juga tersenyum.

Namun, tak semudah yang dinukilkan di sini, apabila kami terpaksa berhadapan dengan karenah kastam, kelewatan 'shipping'nya dan ada pula stucturenya yang sampai sudah patah dan rosak dek perjalanan yang jauh.  Inilah pengalaman yang paling dan amat mendebarkan apabila kontena yang sampai di kedai kami pada hari pelamin akan dipasang.  Saat itu, bersyukur kami kehadrat Ilahi atas makbulnya doa kami, kerana tidak boleh dibayangkan keadaan seandainya pelamin ini lewat tiba.

Alhamdulillah...walaupun saat mencemaskan itu hanya saya dan suami merasai, saya berpesan kepada diri sendiri dan rakan-rakan seperjuangan diluar sana agar memastikan tempahan dibuat selewat-lewatnya 4 bulan sebelum majlis, dan senang cerita kalau ada pakar di sini biarlah di sini sahaja pembikinannya (hargailah barangan buatan Malaysia haha)

*sentiasa berdoa agar bertemu dengan orang tempatan yang pandai mengukir seperti ini agar senang untuk berinteraksi dan merealisasikan kerja-kerja kami :) dan mudah-mudahan dreams wedding anda juga mampu kami realisasikan...aminnn

Selasa, 15 Januari 2013

Kuning DiRaja Persis Singgahsana (Royal Wedding Inspiration)

Assalamualaikum pembuka bicara                                                 Pentas yang tinggi menjadi perhatian
Hamba membuka dengan senyuman                                              Dihias indah dikelilingi taman
Salam patik sebagai pendeta                                                         Pelamin umpama istana kayangan
Sedikit kelainan untuk tatapan                                                       Diawasi hulu balang kiri dan kanan

Al maklumlah cucunda berdarah raja                                             Melangkah meniti denai berliku
Hajat si nenda lalu ditunaikan                                                         Hajat bertemu raja sehari
Pelamin umpama singgahsana diraja                                               Alangkah manis keduanya menunggu
Warna kuning jadi pilihan                                                               Tertunduk malu ramai memerhati

Konsep dan tema cuba diubahsuaikan                                           Setiap meja dihiaskan bunga
Mengikut era dan arus kemodenan                                                Mengikut tema kuning diraja
Butter yellow themed color jadi pilihan                                           Meja beradap tidak dilupa
Rentak tradisional jadi kesinambungan                                           Untuk santapan dimeja utama 

Pelamin tradisional berkerusi tinggi                                                Alangkah puas kami yang bertugas
hamparan kuning taburan cahaya                                                  Tiga hari sudah berhempas pulas
berpayung putih tegak berdiri                                                       Tetamu yang hadir merasa puas
Setiap yang dihias tersirat maksudnya                                           Disambut dengan hati yang ikhlas

Entrance and photo booth
Hiasan di bawah kanopi
Walkway ala-ala melalui denai






Laluan berliku menuju ke singgahsana
Stage dihias indah keseluruhannya
Payung dan frame umpama hulubalang yang mengawal
 
Pelamin dihias secara terperinci, namun tetap kelihantan kemas
Kerusi yang dibeli khas bapa pengantin ( jangan ada yang request pulak)
Wajah pelamin di setiap sudut
Gubahan bunga yang menyerikan majlis
Suana keseluruhan di bawah kanopi utama
Maintable... (belum siap dihias.)
Alhamdulillah, kami pulang sebaik solat mahgrib dan jemputan mulai berkunjung, harus pulang segera, untuk melepaskan sedikitkan kepenatan, setelah tiga hari berturut-turut berada di sini, dan malamnya bermula kerja-kerja pemasangan di hotel JW Marriot KL.

**Saya, suami dan team De Classaflora cukup berterima kasih bukan sahaja untuk keluarga ini tetapi seluruh warga keluarga ini, dari anak cucu, makcik, sepupu dan semuanya yang mengenali saya dan mereka sentiasa memberi kepercayaan kepada team kami untuk merealisasikan majlis impian mereka.  Secara peribadi tatkala berada di sini saya disapa oleh setiap orang, dan mereka keluarga yang besar dan majoritinya adalah klien De Classaflora.  Alhamdulillah... barangkali toleransi dan kerjasama kami membuatkan mereka percaya dengan kerja-kerja kami :)




Label