Ahad, 29 Mei 2011

Class A Flora....

'Bermain' dengan bunga-bungaan setiap hari adalah satu perkara biasa bagi kami, malah anak-anak saya juga sudah diperkenalkan berbagai jenis bunga sebaik mereka sudah tahu 'membantu', hatta...mereka sendiripun sudah tidak hairan melihat bunga-bunga yang pelbagai jenis fresh mahupun yang palsu dan bunga yang paling awal saya perkenalkan kepada anak-anak sudah pasti orchid dan rose. Dan saya sendiri tidak menghalang mereka mencuba menggubah bunga mengikut citarasa mereka sendiri :) dan sekarang anak kecil saya yang sudah berumur 1 tahun 3 bulan sudah pandai mencucuk bunga ke dalam span (cara dialah) tapi kalau anda lihat pasti akan terdetik di fikiran anda "comel..."

Tetapi bukan tentang anak-anak yang ingin saya ceritakan di sini tetapi tentang pengalaman saya menggubah dan menghantar ke istana, perlu saya paparkan sedikit di sini takut nanti ada yang mempersoalkan benarkah 'statement' yang ditulis padahal tiada sebarang bukti, sebenarnya bukan mudah untuk mendapat peluang bergambar di dalam istana kerana ia tempat yang amat dikawal rapi, hanya sesekali sahaja dapat peluang sebegini, bagi kami peluang untuk menjejakkan kaki ke dalamnya sudah cukup bertuah so jangan lebih-lebih :)



















Ahad, 15 Mei 2011

GREEN APPLE THEME

Eyrina Nadira dan Faisal
18 dan 19 Jun 2010
Kuantan, Pahang


Diberi peluang berkarya adalah sesuatu yang amat dihargai dan tidak perlu dilepaskan, apatah lagi peluang yang diberikan itu memberikan kami bebas berkarya...pastinya ia tidak disia-siakan.  Walaupun jauh di kawasan Lembah Kelang, peluang ke Kuantan kami gunakan sebaik mungkin dan barang-barang yang dibawa perlu dipastikan mencukupi untuk kedua-dua majlis pernikahan dan resepsi.

Mempunyai citarasa yang cukup sempurna, pengantin dan ibunya cukup 'sekepala' dalam pemilihan warna dan konsep majlis, turut berminat dalam senihias dan kerja-kerja kraf, maka citarasa mereka senang difahami dan diolah mengikut idea DC... maka terhasillah sebuah pelamin simple dan indah.










Berlainan sedikit dr rumah hijau, putih dan hitam, di dewan hanya bertemakan 'green apple and white', pelamin dan dewan sekali lagi dihias mengikut citarasa dan budget pengantin dan keluarga, menghormati mereka, semua hiasan mengikut perbincangan asal dan sebagai kejutan sedikit tambahan yang kami lakukan seperti hiasan bunga segar 'centerpiece', dan pastinya kami turut berpuashati dengan apa yang kami lakukan, dan apa yang pasti dan dapat saya rumuskan di sini rezeki seseorang itu akan sentiasa datang padanya sekiranya ia sentiasa bertoleransi antara satu sama lain dan bersikap bertolak ansur....terima kasih buat tuan rumah suami dan isteri serta Erin dan suami. 


















NIKAH

Majlis Nikah ada penentu bagi sesebuah rumahtangga, tak nikah maka tak sempurnalah sebuah hubungan.  Lokasi nikah cukup menjadi isu sama ada di rumah, mahupun di masjid, dan ada juga yang menyewa hotel, atau rumah sewa untuk menyempurnakan majlis ini, supaya berjalan lancar, tidak sesak dengan tetamu yang hadir, supaya selesa pihak kadi dan pengantin duduk bersila, supaya ada ruang yang cukup untuk mengatur barang-barang hantaran, semua faktor di atas pasti menjadi faktor utama dalam pemilihan lokasi untuk majlis Akad Nikah.

Lokasi yang di paparkan di bawah adalah Masjid Sultan Mizan atau lebih dikenali Masjid Besi Putrajaya.  Memang luas dan cantik ruang legarnya, namun Q untuk bernikah rupanya boleh tahan juga.  Pada hari ini rupanya ada empat pasangan yang bernikah di masjid ini dengan Tok Kadi yang sama maka perlu 'timing' dan menggunakan masa yang diberi sebaik mungkin.

Mujur menjadi pasangan yang terakhir pagi tersebut sebelum solat Jumaat sempat kami mencuri ruang yang ada untuk menghias sudut Nikah tersebut supaya suasana nampaklah majlis nikah.. :)
so... sebaik sahaja selesai pasangan sebelumnya bernikah berlari kami (krew DC) memasang hiasan pada sudut tersebut...hmm, 5 minit siap.... pengantin dipersilakan duduk... :)







Label