Selasa, 29 Mei 2012

Simply Sweet Solemnization

Salam semua.

Tatkala didatangi pasangan ini ke butik kami, kami telahpun bersedia dan berikrar akan cuba memberikan yang terbaik dari awal pertemuan hingga selesai kerja-kerja yang diamanahkan. Begitulah kebiasaan yang dilakukan kepada semua klien-klien kami.  Setelah melalui beberapa perbincangan akhirnya kata sepakat diambil dan konsep ditentukan oleh pihak pengantin dan dibantu kami.

Sebelum majlis resepsi, majlis nikah dibuat di rumah pengantin perempuan. Berkonsepkan simple and sweet De Classaflora mengambil inisiatif dengan menutup kiri kanan ruang dengan kain agar pelamin kelihatan bersih. Penggunaan bunga berwarna shades of pink menaikkan seri pelamin.

Hantaran dari pihak pengantin lelaki





Hantaran daripada pihak pengantin perempuan 




Pelamin Nikah


p/s:  To Azmir dan Liyana semoga permulaan hari ini membawa seribu kerahmatan dalam hubungan kalian...Insyaallah.. 





Ahad, 27 Mei 2012

RETRO WEDDING THEME

Salam Sejahtera buat semua followers dan pembaca...

Masa berlalu begitu pantas sekali, pejam celik pejam celik dah penghujung May, dan entry saya masih di awal May.  Tak terkejar rasanya kalau semua nak dibuat, tapi itulah hakikatnya walaupun rutin harian sudah tercatat di schedule kerja namun masih ada yang belum selesai.Namun saya tetap bersyukur ke hadrat Ilahi atas nikmat rezeki yang diturunkan, kesihatan yang baik serta umur yang masih panjang.  Semoga segalanya diberkati aminnn!

Pada minggu pertama May, kesibukan De Classaflora bermula pada hari selasa lagi (kebiasaannya masih boleh relax lagi) namun kerana event pada minggu ini ada 4 event di tempat yang berlainan maka kami harus bersiap sedia awal....(tak pernah dibuat ambil job sebanyak ini), bukan kes tamak menerima kerja tetapi lebih salah informasi.... Alhamdulillah perjalan kerja-kerja pemasangan berjalan dengan lancar dan teratur kerana persedian dibuat awal dan pengagihan kerja yang kemas (namun lepas ni kalau boleh tak nak banyak2...penat!! :))

Majlis ini milik anak bongsu kepada pemilik restoran Ruz Alladin (hmm...terbayang saya nasi briyani dan rendangnya yang sangat sedap berhampiran Ampang Point)... rupa-rupanya kakaknya juga pernah mengambil perkhidmatan kami dan saya sendiri sudah lupa (dah lamalah tu..).. Asal konsep ialah modern tetapi saya namakan Retro apabila supplier kepada kerusi meja serta covernya menggunakan fabric yang bercorak, maka agak tidak sesuai saya namakan modern so...jadilah RETRO.... itu kisahnya... :)

Walkway with roman pillar and green trees

 
       eh... sibuk pula anak saya berposing                                     dan ini centerpiese beserta gift untuk tetamu 
Centerpiece - ostrich feather

view of hall decorations

chivari chairs decorations



 maintable decorations


simple pelamin decorations


p/s:To Hafiz dan Shila, semoga bahagia meniti alam rumahtangga hingga ke hujung nyawa.....

Selasa, 22 Mei 2012

Sweet Pink for Birthday Girl

Lama yang tak bercerita, yelah...sudah sebulan, sibuk mengalahkan YB hehe.. padahal May adalah agak free bagi kami namun, sebagai ibu yang bekerja masa saya tidak hanya di tempat kerja tetapi juga di rumah.  Jika seminggu masa dihabiskan di kedai maka sudah pasti selepasnya akan saya habiskan bersama anak-anak. 

Bercerita tentang anak-anak, teringat saya dengan 3 majlis yang telah kami inspirasikan buat anak bongsu saya dan juga dua lagi majlis harijadi anak klien kami. Semuanya berunsurkan PINK... perempuankannnn.

Minnie Mouse

Lama tidak membuat kenduri kesyukuran dan kebetulan dibuat dalam bulan anak saya dilahir, maka kami bercadang raikan sekali.  Memilih konsep Minnie Mouse kerana si comel ini amat gemarkan karektor kartun Disney ini.  Memikirkan sekali sekala untuk menyeronokkan anak-anak, saya merancang bersama suami dan rakan kongsi tentang majlis ini.  Dan Alhamdulillah, majlis berlangsung dengan lancar, sikecil tak berapa memahami kerana umurnya baru 2 tahun, tetapi kanak-kanak lain cukup enjoy!

 

 
 Cute Dessert





  
Princess Theme
Dua majlis regular customer kami yang satunya diadakan di Fullhouse Restoran dan satu lagi di rumah klien kami sendiri, dan kedua-dua memilih karektor yang sama, namun kami inspirasikan majlis mereka dengan konsep yang berbeza.


      
Dessert and candy table

Table deco and centerpiece
        
Photo booth


Birthday Cakes

Pink and Green Theme


 


Photo booth

p/s: How lucky they was!!... semoga kalian membesar menjadi anak-anak yang sentiasa mengenang jasa kedua ibubapa dan menjadi anak yang solehah...Amin...



Label