Daisypath Wedding tickers

Isnin, 9 Julai 2012

Mirror Mirror: A Perfect Beginning of Redza and Irma Hasmi

Salam Syaaban...

Bersempena bulan yang penuh barakah ini saya ingin berkongsi pengalaman dengan orang yang cukup dikenali dan dan berhijrah ke arah hidup yang lebih diberkati.
Pastinya Irma Hasmie, perkenalan kami juga amat singkat sesingkat dia mengenali 'suaminya', namun perkenalan yang terjalin bukan atas sebab dia seorang selebriti tetapi lebih kepada seorang hamba Allah yang cukup sempurna di mata saya, seorang yang cukup menjaga ukhuwah sesama manusia, rendah diri dan saling menghormati.
Hasrat untuk mengambil kami sebagai decorator majlis kahwinnya awal sebelum majlis pertunangannya lagi, maka hajatnya kami tunaikan memandangkan dia adalah artis pertama secara officially yang 100% menggunakan khidmat De Classaflora. Hanya beberapa kali bertemu di butik dan di rumah saya, sms demi sms dan juga panggilan telefon menghubungkan kami memandangkan dia seorang yang amat sibuk, dan jadual kami juga padat dan bukan sentiasa sama, namun Alhamdulillah dia tidak pernah mendesak kami.
Bergambar kenangan di butik De Classaflora bersama pasangan dan pereka fesyen Ezuwan Ismail untuk press relies shoot
Pencetusan idea dari segi tema dan konsepnya semua saya kreditkan atas suami saya, bahkan Irma sendiri meletakkan kepercayaan kepada kami 100%, nyata tindakannya tidak kami sia-siakan, dan sikap dia dan Redza sedikitpun tidak menghampakan kami maka pastinya kami berazam untuk membuat yang terbaik untuk mereka, apatah lagi Irma sendiri banyak mempromosi De Classaflora melalui media dan juga pagenya. Dan kami namakannya Mirror Mirror.. dan percubaan warna hitam dalam sentuhan juga menjadi walaupun pada asalnya sedikit kerisauan takut tiada serinya...
Sketch sebenar, press release dan kad jemputan Irma untuk Majlis Ijab Qabul
dan hasilnya di bawah :)


Di sini saya akan kongsi bersama anda semua hasil dekorasi kami untuk Majlis Ijab Qabul Irma dan Redza yang diinspirasi oleh De Classaflora....





 









  


Terima kasih buat team DC yang banyak membantu!!

p/s: buat Redza dan Irma, semoga kalian bahagia menjalani kehidupan alam rumahtangga, Allah sentiasa memberkati kita andai kita sentiasa denganNya.... semoga ukhuwah yang terjalin akan kekal abadi...Amin!!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Label