Daisypath Wedding tickers

Selasa, 3 Julai 2012

Truly Garden Wedding

Salam Semua Pembaca....

Paparan kali ini mengenai majlis perkahwinan dalam taman of courselah Garden Wedding.  Bila diimbas kembali ternyata sudah lama De Classaflora tidak berinspirasi di 'outdoor' wedding dan majlis terakhir ialah hampir 2 tahun yang lalu tak silap saya, uh...lama tu.

Majlis kali ini milik pengantin yang lebih dikenali sebagai Erin dan Hadi.  Majlis yang bertemakan warna hitam dan putih ini kami selitkan warna ungu violet dan lavender supaya ia tampak ceria seceria suasana majlis.

Hiasan bermula dari tangga untuk turun ke tapak taman, dan disambut gerbang yang kami hias.  dan tetamu kemudiannya di sambut dengan photo booth lalu ucapan mereka dirakamkan di dalam buku tetamu/guest book (kerjasama daripada Photo guestbook by Rosebay).
 



Karpet merah juga kami hiaskan dengan sangkar-sangkar 'bunga' serta pagar-pagar kecil dan pokok lavender 'artificial' (mana nak dpt kat Malaysia yg fresh :)) juga 'square arch ditengahnya.



Si kecil saya turut membantu
Pelamin kami hias dengan elemen-elemen garden tanpa backdrop supaya pemandangan dibelakang kelihatan, dan maintable dihias sarat dengan bunga-bunga fresh yang berwarna purple.  Kebetulan pengantin pula menggunakan chiavari chair pada meja vip, maka kami hiaskan dengan bunga di penyandarnya dan meja-meja tetamu kami hiaskan dengan bunga krisantimums di dalam vase.
 





Tetamu juga tidak ketinggalan dihidangkan dengan dessert yang turut kami hiaskan.  kredit buat Little Lovesome di atas dessert table yang cute.




 

p/s:  Buat Erin dan Hadi, perjalanan alam perkahwinan adalah suatu permulaan bagi fasa yang baru, harungi segala pahit manis dengan cara berhikmah semoga perkahwinan kekal hingga akhir hayat... 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Label