Daisypath Wedding tickers

Selasa, 16 Julai 2013

A Charming dusty pink and purple theme

Assalamualaikum dan hai everybody!!

waaaa.... lamanya akak menyepi!! (notice utk diri sendiri) itulah kata orang bila dah berhenti pasti susah utk memulakannya semula.  Hmm... macam kes ganti puasala, kalau dah tengah rajin better terus buat tanpa non stop, kalau dah berhenti alamat sampai dah nak masuk ramadhan barulah kelam kabut nak ganti...(status dah dekat nak Ramadhan :))

Entri kali ini akak sukakan hasilnya, bukan sahaja mainan warna malah, design pelamin, aura dan juga suasananya tampak begitu romantis.  Mengambil kira anganan dan impian pengantin dikira agak details orangnya, serta bapa pengantin yang turut masuk campur (jarang bapa pengantin masuk campur hal-hal dekorasi sebenarnya) maka kami tidak boleh mengambil kira ianya sebagai sesuatu yang mudah, malah perlu diambil lebih serius!!

Temanya yang lebih kepada 'look modern and elegant' kata pengantinlah, so mix dengan english theme so akak (opps.. kami) tokok tambah  dengan 'bow' yang bersaiz large di tangga dan juga pada hantaran. Hmm... rupa-rupanya si pengantin memang sukakan bow dan pada bajunya juga ada 'bow' so..kebetulan yang menggembirakanlah nampaknya.


Hantaran pulak akak tak gubah dengan bunga yang terlalu sarat dikeliling tetapi sarat dkiri dan kanan dulang yang berbentuk bujur, namun accessories yang melampau dengan 'bow' dan 'crown' serta dulang yang cantik pastinya ia tidak menghampakan... :)

Sebenarnya akak nak naikkan gambar gubahan bunga bilik dan bunga tangan serta details decor di pelamin, namun keadaan yang sudah suntuk, dan masa akak untuk menedit gambar adalah terhad, so... tataplah apa yang ada ni dulu ek..

ok.. nanti kita story mory pasal majlis resepsinya yang theme kami buat di luar kawasan rumah pula ye..

p/s: to Myra... maybe tersangatlah lambatnya akak meng'update' pasa wedding Myra, btw... ia bermakna ia senantiasa berada di dalam ingatan gitu.... happy forever ya!!

1 ulasan:

  1. Boleh u contact I? I sgt2 suja ur deco. Boleh call I? I nak buat nikah n I need pelamin n deco..syeera 0122700553. .urgent

    BalasPadam

Label