Salam everybody. Kali ini akak nak kongsikan tentang hantaran. Jarang juga akak naikkan gambar hantaran rasanya, bukannya jarang buat tapi sometime x shootpun gambar hantaran sebab design yang hampir sama dan sometime memang tak sempat nak shoot.
Entri ini hantaran milik pengantin Dalilah yang akak panggil Dilla. Bertemakan kuning dan grey (tak sedap pulak bila sebut kelabu). So, akak gunakan bantal kelabu yang sememangnya tengah hot time dia kahwin. Bantal kelabu dan bunga kuning dan cream...wow memang outstanding habislah... cantik!! combination dua colour ni, cuma orang melayu jarang sekali guna colour as their theme color.
Tengok... gambar handbouquete kat bawah, 1. akak buat untuk majlis nikahnya (bunga ros dah habis langsung so akak guna krisantimums je atau kekwa) cantikje bila dah buat bouquet, dan bouquete kuning tu untuk majlis resepsinya yang dilansungkan ditempat yang sama selepas majlis nikah.
Honestly akak lagi senang create decor dengan warna natural dan semulajadi daripada warna-warna bunga yang sukar didapati, so...senang nak dapatkan meterialnya, tapi kalau dah orang nak warna lain kenalah juga dapatkan juga kan...
ok.. Jom kita tengok hantaranya pula...
Ada sembilan dulang semuanya kalau tak hilang dari ingatan ini, dua lagi buah dan kek kalau tak silap...
sebenarnya mengambil package De Classaflora secara langsung anda tidak perlu risaukan tentang hantaran dan akaklah yang mengambil tanggungjawab itu untuk memikirkan design dan dulangnya (if pengantin tak kisah) tapi kalau dah ada pilihan sendiri so kita ikut je.
So..siaplah hantaran utk balasan, swettkan, barang-barang kat atas tu terpulang nak kasi apa janji senang dan ringan dan tak besar sangat, cuma pesan seorang ustaz kepada akak katanya " Cik Nanie... kalau customer minta cadangan barang apa yang perlu diletak di atas dulang, maka cadangkan supaya tidak diletakkan alQuran dan telekung"... pesannya
Akak tanya lagi... "Apa salahnya Ustaz.. kalau ia sebagai hadiah dan mungkin azam baru selepas kahwin atau koleksi di rumah baru nanti..?"
maka ustaz jawab, "kalau dia baca Quran tersebut dan guna tak mengapa tetapi kalau sebagai 'hiasan' di dalam hantaran dan tidak digunakan maka janganlah.... letaklah barang lain!!" tegasnya.
Owh akak faham sekarang... so harapnya b2b diluar sana juga faham maksud ustaz ini ya. Ni bukanlah UAI tapi salah seorang ustaz yang dihormati...
Wassalam...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan