Hari ni aku nak cerita sikit bagaimana penglibatan aku dan suami dalam bidang ini. Hemm...bila dihitung-hitung, diingat-ingat kembali pejam celik-pejam celik sudah hampir 9 tahun di dalam dunia perniagaan dan sudah tentunya perkahwinan aku sudah menjangkau hampir 10 tahun....Alhamdulillah.
Sebetulnya tiada sebarang perbincangan atau perancangan antara kami suami isteri tentang perniagan ini...ia berlaku mungkin secara kebetulan atau minat pada asalnya....dan suami ku memang seorang yang kreatif berbanding aku....Ketika itu aku masih di dalam pantang, kelahiran anak pertamaku...biasalah kalau berpantang pastilah ingin ibu yang menjaga kita dan aku pun pulang ke kampung sebaik keluar dari hospital. Genap 40 hari berpantang aku kembali ke KL dan suami memberi tahu telah menyewa sebuah stall di tingkat 1, Ampang Point untuk menjual bunga dan diberi nama De Classaflora. Mungkin agak pelik namanya tetapi ia adalah gabungan dari perkataan Class A Flora. berbekalkan sedikit modal dan berkongsi dengan kakak iparku, perniagaan kecil-kecilan ini bertahan setahun. Alhamdulillah...kami terima banyak tempahan dan punyai ramai pelanggan tetap. Cuma agak sukar mencari bekalan bunga pada waktu itu, maklumlah berniaga kecil-kecilan mana ada supplier yang mahu singgah untuk menjual produk mereka....jadi terpaksalah kami menyelak sehelai demi sehelai yellow pages untuk mendapatkan alamat dan nombor telefon pemborongnya, turun ke Ipoh kerana di sana terdapat satu kedai bunga yang meletakkan harga murah untuk peniaga-peniaga dan adakalanya kakak ipar ke China, Korea atau Thailand, jadi dapatlah sedikit stok yang berbeza.
Genap setahun, kami berdua cuba mencari lokasi lain yang lebih besar, kebetulan kakak ipar juga sudah tidak berkongsi lagi, mungkin sewa juga lebih mahal dari sebelumnya tetapi itulah hakikat yang harus diterima. Kedai kedua bertapak di @home (kedai perabot, sekarang sudah menjadi bangunan Gulati's), walaupun di luar bangunan Ampang Point tapi masih berdekatan, Alhamdulillah, ramai pelanggan di situ. Beroperasi di situ, kedai bunga ku sudah banyak pilihan yang boleh dipamerkan berbanding sebelumnya, apatah lagi pemborong2 juga datang sendiri menunjukkan katalog-katalog mereka tanpa diundang.
Di sini jugalah bermula detik pertama kami menawarkan pakej perkahwinan apabila seorang pelanggan setia kami ingin mengahwinkan anak perempuan tunggalnya dan memberi sepenuh kepercayaan kepada suami dan aku. Dengan rasa sedikit debaran, suami melakar dan menempah set pelamin untuknya berdasarkan rujukan-rujukan yang dibuat pada beberapa majalah...Alhamdulillah, ia berhasil dan cukup memuaskan hati pelanggan kami.
Genap setahun, kami berpindah kedai lagi, kali ini kembali ke Ampang Point apabila kakak suami yang menyewa kedai di situ mengajak berkongsi kedai dengannya. Kakak iparku yang menjual aksessori hanya memerlukan ruang yang sedikit untuk mempamerkan barangnya, jadi selebih ruang itu digunakan untuk mempamer bunga-bungaan serta barang hantaran dan doorgift perkahwinan.
Memandangkan tempahan dan juga sambutan yang begitu menggalakkan aku mengambil keputusan berhenti kerja untuk menumpukan perhatianku di dalam bidang ini walaupun punya seorang staff. Beberapa bulan selepas itu suami pula meletakkan jawatan di pejabatnya dan turut memberikan 100% perhatian kepada De Classaflora.
Tahun 2003 sekali lagi memberi tuah kepada kami suami isteri apabila mendapat kontrak penghantaran bunga segar ke pejabat2 petronas, tatkala itu aku sedang hamil anakku yang kedua....itulah tuah anak namanya. Kami mengambil keputusan menghentikan sementara perkhidmatan membuat pelamin memandangkan menggubah bunga untuk Petronas mengambil masa 2-3 hari termasuk penghantaran ke setiap tingkat. Ketika itu kedai hanya mengambil tempahan hantaran dan juga cenderahati, dan setiap Sabtu dan Ahad aku dan suami akan menggubah bunga Petronas di rumah.
Empat tahun bertapak di Ampang Point kami mengambil keputusan berpindah kedai. Kali ini lokasinya di Taman Dagang Ampang. Bertempat di G11, shoplot ini sebenar masih baru dibuka, risikonya tiada pelanggan yang lalu lalang di situ...tetapi, kalau terus di Ampang Point duit keuntungan habis untuk membayar sewa yang makin meningkat 20% yang mencecah 6K.
Sehingga kini De Classaflora beroperasi di Dagang Avenue...Alhamdulillah syukur kepada Allah SWT kerana memakbulkan doa kami....selepas tamat kontrak dengan Petronas perjalanan kami sebagai wedding decorater, bermula kembali. Ramai rakan-rakan, keluarga dan pelanggan lama serta baru yang terus memberi sokongan.
Kini....De Classaflora akan mengorak langkah setapak lagi....Insya Allah...
Salam, akak cadangkan Nanie tukar warna font. Jgn guna merah, sakit mata dan susah nak baca. Mata cepat penat.
BalasPadammacam mana nak contact kak nanie? saya perlukan quotation pelamin (2) dan hantaran....
BalasPadamBukan ada du orang ka pekerja masa ni
BalasPadamK.Rosnani....terima kasih (lambatnya saya beri jwpnnya ye) :)
BalasPadamBitsandpiece...sorry, terlambat huhu
Pakndak: hmm..dah ada 3, 1 adam, 2 hawa
Salam....Tahniah kak mie.....Saya ex-staff jabatan wakaf zakat dan haji.....terkejut tgk hasil deco kak mie di majlis perkahwinan saya kat dewan keramat.......Ape pun tahniah dan syabas.....
BalasPadam