Daisypath Wedding tickers

Isnin, 11 April 2011

Bertunang

Masih ingat lagi zaman muda-muda dulu (sekarang takdelah tua sangat :) ) bila emak menelefon suruh pulang ke kampung utk majlis pertunanganku... Hah!! aku nak bertunang!... oh senangnya dulu-dulu, tak perlukan sebarang persiapan, rancang seminggu untuk majlis pertunangan, tiada pelamin, baju pinjam kakak sedara punya, hantaran apa yang ada (makanan), jamuan laksa mee (famous di areaku), hias sikit-sikit bilik tidur, make-up... sendirije, hmm tiada tilam dan bantal khas...tp selesaije majlis...

BERBEZA zaman sekarang, persiapan bak kenduri kahwin, pelamin...setengah tempatpun belum tentu ada macam ni (tak semuala...) siap ada door gift, hantaran wahh...meletop, dan sebagainya.

Namun...itulah yang dikatakan perubahan zaman, so, serba-serbinya pasti berubah.   Kebanyakan majlis di atur sendiri oleh empunya badan, dan pastinya mereka punya impian sendiri, dari besederhana hinggalah yang benar-benar hebat.  Semuanya mengikut kemampuan masing-masing dan kami sebagai 'pendekorasinya' pasti mengikut sahaja kehendak mereka kerana ianya berbayar...


CONTOH-CONTOH PELAMIN BERTUNANG

 (simple dengan hiasan pagar dan bunga tiruan tetapi tetapi indah bak dalam taman)




 (Agak mewah, dengan hiasan taburan lampu di belakang dan bunga-bunga segar
serta haruman bunga melor)

 (Ala-ala fairytales, dihias dengan bunga-bunga segar dan throw pillow) 




(Pelamin simple, sesuai untuk ruang yang kecil namun tetap cantik dan selesa)

(Bagaikan pelamin nikah, pemilik inginkan kelainan dan hiasan-hiasan
 turut memukau mata yang memandang)

Dalam apa jua keadaan, doa yang paling penting agar majlis berjalan lancar dan diberkati...Insyaallah..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Label