Daisypath Wedding tickers

Ahad, 15 April 2012

It's Pastel Spring Wedding Reception

Salam Sejahtera, di doakan semoga kalian semua sentiasa berada di bawah lembayung rahmat Ilahi.  Dalam kesibukan seharian pastinya kita tidak akan lupa akanNya agar hidup kita sentiasa dirahmati...Insyaallah.

Hmm... apa entry kali ni ye? Spring theme, wow! dah macam-macam theme wedding dua tiga 'menjak' ni, sehinggakan dah tak tahu nak letak apakah nama concept wedding supaya nampak sedikit kelainannya.  Terdetik juga difikiran saya, 'hmm... zaman saya mana ada theme2 ni, cuma baru colour saja yg up-to-date', itupun masih ada yang berwarna-warni, janji majlis selesai :)


 
'Antara props yang turut disediakan oleh pengantin dan rakan-rakan'
Kali ini tentang Spring Wedding, saya namakannya Spring sebab pada musim springlah suasana penuh dengan warna-warni, tatkala si pengantin datang kepada saya menyatakan hasrat sukakan pastel colour dan menunjukkan beberapa gambar yang di ambil dari 'pak cik google', saya sudah faham apa yang beliau impikan, maka encik suamiku pun melakarkan pelamin, maintable, walkway, candy table dan photo booth serta hiasan meja tetamu  mengikut citarasanya serta gabungan idea kami.



Melangkah kaki menuju ke pintu dewan, tetamu pasti rasa 'welcomed'. Itulah antara tujuan utama bila hiasan sudah ada di pintu masuk.  Photo booth antara tarikan tetamu yang datang, mereka boleh bergambar lalu merakamkan sebarang ucapan dan doa buat mempelai.  Yang seronoknya apabila ruang yang kecil itu dapat dimanfaatkan bagi mereka yang tidak berkesempatan bergambar di pelamin.  Bukan sahaja yang muda, makcik-makcikpun boleh berposing maa... :)




Pemilihan hiasan belon dikira berani kerana silap menggunakan fungsi ini pasti keadaan kelihatan seperti birthday party.  Namun, meleset sekali anggapan ini apabila belon digabungkan dengan bunga serta hiasan lain memberi suntikan yang amat berlainan dan segar sekali.... sebenarnya amat comel..





 * Buat Oshen dan Musz, semoga hari-hari yang dilalui seindah dan seceria majlis ini..sentiasa, Amiiin Ya Rab!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Label