Salam Aidilfiti buat semua friends and followers. Dah hampir 2 bulan saya tak menulis di sini... bukan tiada yang menarik untuk dicoretkan tetapi masa begitu sikit untuk saya kejar dan agihkan kepada semua perkara. Walau bagaimanapun sebulan Ramadhan yang berlalu begitu pantas terasa bagaikan tidak puas rasanya, belum cukup amalan kalau dikira dengan jari, haus terasa iman ini berbanding mereka-mereka yang sentiasa mengabdikan diri kepada Allah swt, namun syukur Ahamdulillah dapat juga bertemu Ramadhan yang berlalu baru-baru ini untuk mencari RedhoNya.
Berbalik cerita dekorasi kali ini, yang tertinggal jauh di belakang, dekorasi yang dibuat khas untuk Majalah Ratu Sehari edisi ke-6. Kami diberi peluang untuk menghias wajah cover majalah hebat ini dan ia satu penghargaan. Bukan sahaja menghias pelamin yang konsepnya ditentukan oleh MRS tetapi De Classafora turut diberi peluang menatarias centerpiece meja makan utama (kononnya) dengan dessert dan hiasan.
Peluang ini pastinya tidak kami sia-siakan. Kesinambungan songket dan vintaj diabadikan di bawah satu hiasan dan kami bangkitkan dengan olahan serta sentuhan vintaj dan sedikit modern.
sketch 1 |
Kami beri 2 options, dengan 2 sketch untuk dipilih dan akhirnya kedua-dua sketch digabungkan.
sketch 2 |
dah jadi cover.. |
Pelamin dihias indah dengan taburan kusyen-kusyen berwarna senada dan songket sebagai elemen utama |
Gubahan bunga yang pastinya menyerikan lagi suasana
Meja Utama yang diberi nafas segar dan mewah dengan konsep yang sama, pasti mata tertumpu kepada kek dan cupcakes! |
kek dan cupcakes yang diilhamkan Hannie Collection/Hannie & Co... cukup cantik...bravo
Saya pasti satu hari nanti hiasan begini akan kami buatkan untuk klien bertuah kami :)) |
Lokasi: De Classaflora
Tarikh: April 18 2012
Tema: Vintaj dan songket
p/s: Thanks to Ratu Sehari crew.... Insyallah, ada peluang kita akan bekerjasama lagi
Tiada ulasan:
Catat Ulasan