Daisypath Wedding tickers

Khamis, 28 Februari 2013

In Stunning Bloom Inspired Yellow and Grey Wedding

Assalamualaikum wbt...

Apa khabar semua, semoga semuanya senantiasa di bawah lembayung Rahmat Ilahi.  Hati saya sedikit gusar minggu ini tatkala menzirahi datuk saudara yang di dalam keadaan nazak, dan rasa sangat tersentuh apabila khabar mengatakan beliau dijemput Ilahi selepas sehari saya dan suami menziarahinya. Alhamdulillah sempat saya menziarahinya dan kuranglah rasa terkilan dan hati sangat sayu kerana beliau juga seperti ayah saya sendiri, dan keadaan begini membuatkan hati kecil ini amat rindukan ayah.... hmm (fullstop)

hurrmm.... begitulah roda sebuah kehidupan, dan akak akui kerja seperti kami menuntut kami harus cekal dan tabah namun elakkan lupa diri.  Adakalanya kami tak dapat menghadirkan diri dalam mana-mana majlis sama ada majlis kahwin, reunion, kematian, mesyuarat setempat dsbnya... kerana kebanyakannya diadakan pada hujung minggu dan kerja kami juga pasti di hujung minggu. 

Entri kali ini bukan kisah sedih pun... tetapi sedikit emosi yang ingin saya kongsikan, bahawa kita harus sentiasa beringat dan muhasabah diri bahawa ajal, maut dan jodoh semua di tangan Allah.  Dan pastinya jodoh kita kali ini bersama pasangan yang dijodohkan oleh rakan mereka sendiri (wahh..gossip gitu..)... ala.. cerita pengantin ini juga pada akak dan akhirnya membawa ke jinjang pelamin..Alhamdulillah.

Memilih konsep simple- Less is more!! the 'bride' datang kepada akak dengan menyampaikan hajatnya dengan tema dan warna pilihan, Yellow and Grey, akak suka!! warna yang berani, moden dan suweeet!!

Maka hiasan kami detailkan pada setiap sudut dengan sentuhan warna yang sama, kuning, putih dan kelabu.  Rekodnya kali ini akak bersama 3 staff perempuan sahaja yang mendekorasi majlis ini ... haha Woman's Power!!  Sentuhan tak kurang hebatnya tatkala tiada langsung sentuhan si encik suami akak yang sibuk ke majlis yang kebetulan sama waktu dengannya. 

Kredit gambar kepada G.I Photoshoot ( http://www.facebook.com/giphotoshoot?fref=ts ), terima kasih Dilla yang meminjamkan tumbdrivenya kepada akak so... akakpun copylah dengan sesuka hatinya..

.
guest book table decor
Green carpet

laluan 'tunnel' ke rumah
ruang rumah di penuhi dengan pelamin dan sudut nikah serta hantaran
Hiasan dan gubahan bunga di sudut pelamin
kipas dan bantal tangan..
Pasangan pengantin yang sejoli...
ok... bagaimana? sweetkan colour ni? In Stunning Bloom sesuai sangatkan sebab semuanya nampak bloom termasuklah pengantinnya!

p/s: Buat Dilla, hidup berumahtangga adalah lumrah jika ada sedikit perselisihan, jadikan ia sebagai pengerat hubungan, penambah kasih sayang, penguat ikatan... kenalilah antara satu sama lain dan harungilah pelayaran ini dengan bahagia.... Peace no War!! :)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Label