Assalamualaikum...
Harapnya ini catatan terakhir untuk pengalaman kami bagi tahun 2010..banyak lagi yang hendak dinukilkan untuk tahun 2011, memandangkan Q-nya masih lagi panjang, maka baru sempat 1 tajuk sempat saya paparkan di sini (Banting oh Banting).
Kali ini paparan majlis di Concorde Hotel Shah Alam, ia bukanlah majlis terakhir yang kami terlibat pada tahun 2010, namun memikirkan tajuk yang sesuai maka saya dahulukan catatan yang lain.
Pasangan ini diperkenalkan oleh rakan saya sendiri dan secara tak langsung dia sebagai wedding plannernya, terima kasih kepadanya kerana tiada sebarang komisyen diminta kerana atas dasar kawan maka kami saling membantu dan berkongsi pengalaman. Majlis yang mengambil masa satu hari, nikah di waktu pagi dan majlis resepsi di malam harinya, memberi peluang kepada pihak krew bekerja sehari semalam untuk menyiapkan dekorasi untuk dua majlis di lokasi yang sama dan berlainan dewan. Alhamdulillah, berkat pertolonganNya dan kerjasama semua, kerja-kerja berjalan dengan lancar tanpa sebarang masalah dan sikap ambil berat kedua pasangan turut membantu kami.
Agak perit juga apabila team kami terpaksa berpecah kepada dua kumpulan kerana ada satu lagi majlis perkahwinan di hari yang sama terletak di Ampang, maka saya dan pembantu (perempuan) yang terpaksa menyelesaikan pelamin nikah dan hantaran manakala suami dan teamnya berada di RISDA untuk majlis yang satu lagi. sebaik selesai memasang pelamin dan juga pentas, tup-tup si rakan baik pengantin memberi cadangan agar kedudukan pelamin diubah kepada sudut yang bertentangan di atas beberapa faktor yang boleh diterima akal, dengan hanya lima orang kami mengubah kedudukan pelamin tanpa membuka struturnya... humm, bagaikan hendak tercabut tulang belakang rasanya. Yang pentingnya, pengantin puashati...
Hiasan kali mengikut citarasa kedua mempelai, memandangkan majis dikongsi bersama maka keduanya ada angan-angannya sendiri, si pengantin perempuan inginkan majlis yang penuh dengan bunga-bungaan manakali pengantin lelaki sebaliknya dan lebih kepada modern dan less flower, utk merealisasikan kedua-dua impian maka keputusan diambil dan majlis nikah dihias mengikut impian si pengantin perempuan dan resepsinya atas permintaan pengantin lelaki, dan alhamdulillah keduanya kelihatan berpuashati..... :)
To Mr Ismail and Mrs Rina, we wish your marriage remain forever
Venue: Concorde Hotel
Date: 27 November 2010
Theme and concept: Pink and sweet for solemnization
Black lace, black and white for reception