Daisypath Wedding tickers

Isnin, 18 Julai 2011

BEBAS MELAKAR IDEA DI PERKAHWINAN ANAK SAUDARA....

Sepanjang menceburkan diri dalam bidang perkhidmatan ini sejak tahun 2001 lagi hampir 10 orang keluarga terdekat termasuklah anak buah dan adik serta sepupu sepapat yang turut menggunakan perkhidmatan kami, tak kurang juga di pihak sebelah sana (pasangan mereka) yang turut terkena tempiasnya.

Kalau orang luar mendengar pasti terdetik 'oh untunglah dia orang' pakcik makcik yang 'buatkan...', sesekali saya juga terdetik...ya mereka cukup bertuah kerana tak perlu teruk-teruk membelek majalah mahupun mengakses mana-mana vendor lain kerana kami sudah boleh membantu.  Terima kasih yang tak terhingga pada kalian yang turut men'jana' ekonomi kami, begitulah dalam kehidupan perlu ada 'give and take', maka pembayaran juga dikenakan tetapi kerana status sebagai saudara pasti mereka ada kelebihan, namun apa yang boleh diberi secara 'sponsor' itu adalah rezeki mereka dan mudah-mudahan Allah menambahkan rezeki dan berkati perniagaan kami.

Namun ada juga yang tak dapat kami turut serta, maka terpaksalah mereka menggunakan khidmat orang lain, itulah dinamakan rezeki orang, tak perlu sesiapa merungut kerana semuanya sudah tertulis, namun setiap yang berlaku pasti ada hikmah disebaliknya, yang tak 'bestnya' kami juga tak dapat meraikan bersama-sama mereka  kerana ada tanggungjawab lain yang perlu diutamakan... :(

Paparan berikut majlis perkahwinan anak buah pemilik DC dan juga pasangannya, hiasan dari A to Z, dari kerusi meja, centerpiece, walkway deco, pelamin, maintable ...semua dari DC, dgn tenaga pekerja yang berapa kerat dibantu oleh anak-anak buah dan rakan mereka, alhamdulillah...semua selesai juga walaupun masih ada kekurangannya namun kalau tak disebut pasti tiada siapa yang perasankan nya, apa yang pasti majlis sudah berlalu hampir setahun namun masih segar di dalam memori....

Venue: Dewan Puspanitapuri Putrajaya
Theme color: Purple, white n silver
Tarikh: 19 Nov 2010












Venue: Dewan Sri Siantan, Perbadanan Putrajaya
Tarikh: 11 Nov 2010
Theme Color: Champagne and pink









note: baru selesai satu lagi majlis anak buah minggu lepas berkonsepkan ala-ala sakura, konsep yang diimpikan sejak tahun lepas lagi akhirnya berjaya juga direalisasikan..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Label