Daisypath Wedding tickers

Isnin, 26 Disember 2011

Vintage Train Inspired '1st' Birthday Party

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Entry kali ini agak berlainan, terfikir sendiri kenapa saya tak pernah saya war-warkan di sini kerja-kerja saya dan 'partner', padahal kami bergerak sebagai sebuah teamwork yang sama.  So, kali ini tentang anak-anak kecil pula, adakalanya bila sibuk dengan majlis perkahwinan...membuat sesuatu yang berlainan cukup mengujakan kami. Bestnya jadi kanak-kanakkan, tiada masalah perlu difikir, even untuk majlis mereka sendiri mama dan papa mereka yang sibuk mencari-cari tema dan konsep majlis untuk mereka.

Menerima panggilan dari ibu muda ini memberi kami rasa begitu teruja apabila beliau meminta kami mengispirasikan majlis hari lahir buat si kecil ini dengan tema di atas, seolah menampakkan sebuah cerita di dalam majlis tersebut.  Persiapan tidak mengambil masa yang lama kerana kami juga sibuk dengan majlis-majlis yang lain, tetapi perkara-perkara yang remeh seperti makanan dan segala peralatan party difikir dan ditempah awal.
Majlis di adakan di sebuah dewan kecil milik kondominium di area Wangsa Maju, sebenarnya tidak jauh dari outlet kami Wangsa Walk Mall. kami memulakan kerja dalam jam 12 tengahari untuk majlis yang akan bermula pada pukul 3petang. Kerja-kerja menghias dan segala susun atur di 'setup' pada masa yang sama dari membuat keretapi, hiasan, belon, dessert table, 'party table' dan game area.





 




 
Dengan tema Vintage Train, party si kecil ini kami pilihkan  biru, merah dan putih sebagai warna tema, tampak begitu kemas, smart dan comel!! Perjalanan kerja berjalan dengan lancar sekali dan sekarang masa untuk berparti!! Let's Party!!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Label