Daisypath Wedding tickers

Jumaat, 13 Januari 2012

How Lucky She Is!!

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Tiada kata-kata atau ucapan yang mampu saya tafsirkan di sini melainkan "How Lucky She Is" bila kami sekali lagi diberi mandat untuk mendekorasi dan merealisasikan majlis berinai, pernikahan seterusnya resepsi anak perempuan pertama 'beliau'.  Dan sudah pasti kami juga cukup bertuah kerana sekali lagi diberi peluang dan kepercayaan untuk menginspirasikan majlis yang bakal berlangsung secara besar-besaran.

Untuk pertama kalinya juga kami De Classaflora diberikan kepercayaan untuk menginspirasikan majlis berinai berkonsepkan 'Bollywood', pastel theme majlis nikah, dan 'morocan and arabian night' malam resepsi.

BOLLYWOOD STYLE - Majlis Berinai

Canopy dihias dengan penuh warna-warni
Memandangkan si ibu berdarah pakistan dan campuran membuatkan beliau begitu mengimpikan suasana seperti berada di dunia bollywood dan permintaan ini adalah yang pertama kali buat kami untuk merealisasikannya. Mengambil idea dari beberapa filem bollywood, De Classaflora mengambil kira penataan warna dan cahaya secara terperinci agar suasana benar-benar berada di dunia Bollywood
Bermain 4-5 warna terang dan dihias pula pebagai 'deco item' yang bersesuai dan bantal-bantal (throw pillor) pelbagai corak dan warna serta gubahan bunga membangkitkan suasana bollywood, apatah lagi juraian 'fairy light, dan cahaya lampu memeriahkan lagi suasana.  Big 'round ottoman' ditempah khas untuk anak-anak gadis duduk mengelilingi si pengantin telah mencuri perhatian sesiapa sahaja yang datang.  Yang paling 'bangga'nya saya petugas dan tetamu yang berbangsa India sendiri tidak habis-habis memuji dan bergambar serta berkata mereka sendiri tidak pernah lihat hiasan sebigini di Malaysia...hmm..(betulke?) .. ;)
Khemah pula kami hias sendiri dengan membuat under layer/draping dengan kain yang berwarna warni, serta dikelilingnya kain dibuat pintal serta backdrop digantung kain sari, bunga yang menghiasi setiap sudut juga berwarna-warni bertepatan dengan subjek dan bila tiba malamnya kami sendiri tidak puas menatap suasana yang jarang sekali kita lihat... emm it's whimsical and stunning environment!!
Pada malamnya, majlis sungguh meriah, kami yang sibuk menyiapkan pelamin nikah sesekali berlari menjengah keluar pintu untuk menyaksikan malam bollywood, melihat pengantin yang cantik dirias, biarpun bertudung tidak menghalang mereka untuk mengenegahkan konsep ini, juga penari-penari banghra yang mencuri perhatian setiap tetamu yang hadir.  Lagu-lagu Bolywood berkumandang dan kami yang sibuk bekerja turut terhibur sebagaimana mereka...

Jangan lupa ikut entry seterusnya pelamin nikah dan resepsi...

2 ulasan:

  1. Cantiknya... saya berminat nak dapatkan quotation untuk pelamin dewan :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Thanks Anis...

      utk quotation anis kasi email @ terus email declassaflora@yahoo.com, nanti akak reply ok!

      k.nanie

      Padam

Label