Daisypath Wedding tickers

Isnin, 2 Januari 2012

Luxury Palace for Prince and Princess

Assalamualaikum dan Happy New Year 2012!!

Setahun berlalu dan bila di hitung, di renung dan difikirkan kembali Alhamdulillah sudah agak jauh kami dapat bertapak dan bertahan dalam bidang ini di atas kepercayaan, sokongan dan galakan yang diberikan oleh semua pihak baik kaum keuarga, rakan-rakan mahupun klien kami.  Semuanya amat di hargai dan sentiasa di kenang terima kasih...

Untuk 2012 perancangan kami tetap sama seperti tahun 2011 cuma ada beberapa perubahan bagi memantapkan lagi kualiti, mutu serta persembahan (cheewah...dah macam iklan pulak ye..) Yang lama tetap di gilap, di baiki namun yang baru akan muncul juga.

Hmm...apa yang lama dan baru? Tentulah pelamin dan idea-idea dekorasikan... di sini saya belum paparkan lagi design baru DC yang kami zahirkan pada klien kami pada November 2011. Sempena pembuka tirai tahun 2012 ini, adalah insan-insan yang akan tertarik dengan rekabentuk ini kerana ada beberapa design yang lama yang masih mendapat sambutan sudah perlu dihapuskan memandangkan struktur dan bentuknya sudah tidak secantik asal dan perlu dibuat semula kerana masih ada yang mahu... ;)








Rekaan `stucture' pelamin ini sudah lama di idamkan oleh pereka DC iaitu suami saya sendiri.  Pengantin bertuah ini memang amat bertuah kerana dari A-Z semuanya diatur oleh ayah dan ibunya, mujur segala kepercayaan diserahkan kepada kami dan alhamdulillah semua setuju.

Pelamin mengambil masa 1 hari untuk dipasang `strucuture'nya, dan 1 hari untuk dihiaskan pula. Mujurlah kami diberi peluang menyiapkannya dalam masa 2 hari.  Amat meminati bunga, si ayah pengantin menetapkan theamed color iaitu merah dan pink serta berkonsepkan taman.  Maka dari entrance, menyusuri tangga, photo booth, entrance hall, menyusuri karpet merah, pelamin serta maintable semuanya dihias meriah dengan bunga-bungaan.
Tidak ketinggalan juga sudut anak-anak, candy corner disediakan memandangkan jemputan yang tiada hadnya, maka kanak-kanak kami tempatkan disudut khas dengan makanan ringan finger food serta candy dan dihiburkan dengan  magician dan belon. http://www.facebook.com/pages/Little-Lovesome/195425233835611?ref=ts
Majlis berakhir dengan selamat dan lancar, dan kerja-kerja membuka dan men`ngelearkan' dewan sehinggalah waktu subuh.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Label