Assalamualaikum....
2.30am
Mata sudahpun terkedip2 layu, tapi semangat masih menular, baru selesai emailkan quotation untuk seorang customer, inije masa sesuai pabila siangnya tidak sempat menatap screen laptop apatah lagi menyentuh keyboard.
2.40am...
hmm.. sudah lama sebenarnya tak berjaga malam, sejak awal tahun lagi, kami memang kurang menerima tempahan, sibuk dengan pendaftaran anak-anak sekolah dan juga menguruskan stor yang dah lebih teruk daripada kapal Titanic yang karam, maka keputusan diambil - tiada sebarang job di awal tahun. Masa ini juga staff-staff diberi cuti panjang setelah lama tidak pulang ke kampung.
2.45am
Terbayang lagi dikotak fikiran, pada satu malam sebaik 'mengelearkan' majlis di crown plaza, pada waktu begini, masih lagi sibuk mengangkat barang-barang dari hotel ke lori untuk dibawa pulang ke stor, seterusnya kerja diteruskan untuk satu lagi majlis yang akan berlangsung pada siang harinya, dan kami perlu bersengkang mata sekali lagi untuk menyiapkan semua hiasan hanya dalam beberapa jam.
Majlis milis Yap dan Sara, saya sendiri tidak pernah berbual dengannya, hanya sekali bertemu di showroom selepas itu saya sendiri sudah tidak ingat wajahnya kerana segala urusan saya 'deal' dengan kakaknya.
5.00am....lebih kurang kami menurunkan barang di Pandan Lake Club Hall, tanpa membuang masa terus kami memulakan tugas masing, memasang rangka pelamin, menggubah bunga, memasang arch dan hanya seorang sahaja yang tidur...Qistina, peneman saya di mana saya berada :)
Selesai solat, sudah 70% siap, kerja mula bergerak perlahan pabila tenaga semakin berkurangan. Alhamdulillah...shukur rahmat Allah apabila tuan rumah (kakak pengantin) menelefon saya tentang sarapan pagi, inilah rezeki Tuhan namanya, selepas saya cuba menelefon McD, rupanya tiada 'delivery services' di area tersebut, hati mula frust, masing-masing memerlukan secangkir kopi panas.
Alhamdulillah, dengan nasi lemak dan kopi panas di awal pagi kerja-kerja kami siap 'ngam-ngam' sebelum majlis bermula, sempat pula kami menjamah nasi kenduri dengan special menu ayam goreng dicecah air asam (negeri Perak) fuhh!! mengancam habis...
photo booth |
the walkway |
superb job!
BalasPadam