Sabtu, 18 Februari 2012

Lovely Glowing Garden

Salam semua...

Semoga indah hari ini dan setiap hari-hari yang dilalui...
Seindah majlis yang bakal De Classaflora sajikan pada anda semua dalam entry kali ini.  Sebuah majlis resepsi yang diadakan di sebuah Kelab Golf (Valencia) di ibukota dan, kami hiaskan setiap sudut kanopi dengan bunga-bunga segar.

Pertemuan DC dengan pelanggan ini banyak di rumah ibubapa pengantin sendiri memandangkan bapanya seorang yang sangat sibuk.  Atas cadangan seorang rakan maka dari hanya kenal-kenal akhirnya kepercayaan diberikan kepada kami untuk mengatur majlisnya dari A hingga ke Z hmm...wedding plannerlah kiranya.

Pertemuan demi pertemuan, quotation demi quotation, pertambahan demi pertambahan, hinggalah ke saatnya, kelab ini yang tidak pernah mengadakan majlis perkahwinan akhirnya kami hias dengan begitu indah dengan kanopi yang kami ambil dari Syakilla Canopy, makanan dari Has Katering, segala perjalanan majlis di aturkan oleh kami begitu juga pakaian dan andaman juga serta gift dari Semenda Rasa dan pastinya dekorasi oleh De Classaflora sendiri dan dessert table oleh Little Lovesome.







 



Pelamin yang berkonsep 3D flower tetap menjadi pilihan dan pasti kami sendiri yang sudah acap kali memasang dan membuat konsep yang sama merasa jemu sebenarnya tetapi itu adalah kehendak pelanggan dan bagi mengelakkan rasa sedemikian, kami sendri mengubah sedikit kelainan pada pelamin itu sendiri.




Dessert table pasti menjadi pilihan dan tumpuan bukan sahaja kanak-kanak malah photographer dan juga orang dewasa itu sendiri bukan sahaja kerana makanan di atasnya tetapi kerana 'a very adorable presentation!' thanks and credit to partner (Little Lovesome- hari tu dia buat seorang tanpa pertolongan saya kerana saya lebihkan tumpuan kepada dekorasi majlis).






Photo booth yang menjadi perhatian pertama sebaik melangkah masuk melepasi 'entrance arch', disambut oleh krew Rosebay Creation utk bergambar di photo booth dan merakamkan 'wish' mereka kepada mempelai di buku yang disediakan.








Tetamu akan berjalan masuk melalui setiap sudut yang dihias kami, tangga, table centerpiece, walkway sepanjang red karpet, dan 'hawkers stall' menyajikan berbagai jenis hidangan yang amat menyelerakan. Manakala pengantin pula datang menaiki 'buggy car' yang saya hias 'dibantu' anak kecil saya (merasa dia duduk dalam buggy car walaupun tak bergerak :))





Angin malam yang begitu sepoi-sepoi bahasa dengan biasan cahaya 'fairy light' dan 'candelier' di seluruh kanopi membuatkan malam itu begitu indah dan romantik sekali.  Pengantin diberi ruang khas bersantap di meja makan utama bersama tetamu khas.  Meja dihias begitu lembut dengan sentuhan warna merah jambu agar suasana tidak terlalu suram.



Alhamdulillah, majlis bersurai tepat pada masanya, dan hujan juga tidak muncul tiba, padahal sehari sebelumnya hujan lebat merisaukan kami yang bekerja.  Terima kasih buat semua yang menyokong kami hingga ke tahap ini.... syukur kehadrat Allah!!  

9 ulasan:

  1. salam..saya terpikat tgk wedding di kelab golf ni..
    boley saya dptkn quotation utk dekorasi seakan2 majlis ni?
    kesemuanya sekali ye..tq...

    BalasPadam
    Balasan
    1. salam Lyn, boleh kasi email nanti akak emailkan quotationnya, @
      email terus ke declassaflora@yahoo.com

      Padam
  2. salam kak, kat melaka ada buat? boleh quo kan harga. email miss.Diba@gmail.com

    BalasPadam
    Balasan
    1. boleh Diba... kami dah sampai hampir seluruh negeri, nanti k.nanie emailkan ye..

      Padam
  3. Salam kak..boleh emelkan sy quo utk pelamin dewan..sy pon nk wat kat melaka jgk.tq. fafarah90@gmail.com

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam Farah Hannan
      Please check your email, akak dah emailkan quotation
      tq

      Padam
  4. Saya berminat nak dapatkan quotation deco for wedding; canopy, meja tetamu & pengantin dsbnya. Emailkan kpd saya ida2211@gmail.com. Terima kasih.

    BalasPadam
  5. salam sis..leyh tolong email kat sy quo utk pelamin dewan x....tenkiu =)
    ieka90_gurlz@yahoo.com

    BalasPadam
  6. Salam kak..boleh emelkan saya quote utk pelamin dewan.
    untuk majlis di Kedah dan Bora Ombak,Kl.
    E-MAIL : shasha463@yahoo.com.my

    tq!

    BalasPadam

Label