Sayang sekali, mengambil masa yang amat lama untuk saya keluarkan isu ini (ceewah, mcm isu apetah ye..) dah approximately 2 month, wow Nanie! you take too long to hire one issue...takleh jadi reporter mcm ni sure terlepas dateline huhu...What I can say this is a lovely and charming english garden wedding we've ever done! Mengapa? Sebelum ni takkanlah tak pernah ye, tak.... sebenarnya majlis yang satu ini saya kira paling banyak berinspirasikan dan bermain dengan bunga yang cukup meriah sekali walaupun hanya di ruang yang terhad.Kami bertuah punya klien2 yang begitu baik and understanding. Bekerjasama dengan mereka cukup senang dan tidak men'stress'kan. Seingat saya dua kali bertemu di butik dan dua kali bertemu di lokasi, tetap sama lemah lembut dan baik sekali, sama ada si ibu mahupun pengantinnya :)
Champagne, peach, pink and cream, itu gabungan yang saya anggap sebagai color of the year 2012. So kami perlu transform ruang lokasi yang dipilih mereka iaitu Juempa d'Ramor, Bangsar menjadi ruang yang akan kelihatan luas, bersih dan sweet apabila dipandang. Pelamin kami ubah disaat akhir apabila pelamin asal saya syorkan ditukar kerana kami sendiri sudah agak jemu dengan pelamin tersebut. Maka kami ingin buatkan sedikit kelainan dengan menggunakan material yang sama. Ruang tamu kami penuhkan dengan shaggy carpet yang berwarna putih membuatkan ruang kelihatan sangat luas dan bersih.Susunan hantaran diatur kemas di atas platform yang disediakan. Dan kusyen/throw pillow di biarkan disegenap ruang untuk keselesaan para tetamu yang hadir. Naik ke ruang makan tetamu utama dan pengantin akan melalui tangga yang kami hias juga agak berbeza berbanding sebelum ini. Pengantin sendiripun sudah berpesan agar buatkan yang sesimple yang boleh biar tampak kelainannya. Saya biarkan beberapa stalk bunga di'buai' scallop tangga :)
Meja makan beradap yang disediakan pihak owner begitu panjang dan kami hiaskan cukup mewah dengan juraian-juraian bunga segar. Ia kelihatan sangat mewah dan seperti berada di taman dan musin spring. Saya sudah mampu tersenyum kerana ini yang saya impikan selama ini.
Photo booth kami hias sedikit berbeza, tampak begitu romantis dan 'cool' sahaja tempatnya, pasti menjadi tumpuan apabila krew Photo Guesbook Rosebay creation datang menjalankan tugas mereka. Pagar rumah kami hiaskan dengan rerumput hijau dan pillar2 putih. Tiada archpun cantik sebenarnya dan grass carpet menepati konsep garden wedding.
Dan pastinya kami tidak lupa menghias meja makan tetamu dengan gubahan bunga serta bling-bling stand yang pastinya menggamit para tetamu yang datang. Dan menariknya majlis seperti ini biarkan pada ruang yang kecil namun tetamu yang datang sudah pasti dapat menikmati makanan sambil menikmati keindahan. Majlis yang begitu santai begini membuatkan tetamu juga sukar untuk mengangkart untuk pulang. Menariknya konsep seperti tiada perjalanan majlis seperti di dewan, jadi tetamu boleh 'mingle-mingle' dan pengantin sendiripun dapat beramah mesra dengan tetamunya dengan lebih dekat
Cukuplah pengalaman ini untuk saya kongsikan bersama anda. Di mana jua majlis diraikan. sehebat mana majlis disambut, sebanyak mana wang dibelanjakan, namun keikhlasan dan niat itu yang paling utama dalam mencari keberkatan dan keredhoanNya.
hmm....kata-kata semangat dari pengantin yang saya petik dari FB"Very very nice Kak Nani & co. So in love with everything, every little detail.. There's no doubt you guys are the best in what you do! Thank you!"
"Alhamdulillah..majlis pernikahan & reception Zureen berlansung dlm suasana yg Kak Za impi & harapkan. Terima kasih kpd crew De Classaflora di atas komitmen yg diberikan. Segalanya bermula dr Nani & Mohsin..itu lah yg menghasilkan sebuah majlis indah & penuh sakral."
p/s: Buat Zureen dan Hakam Selamat menjalani kehidupan alam rumahtangga dengan penuh kasih sayang umpama Rasulullah dan isteri baginda. Semoga bahagia hingga ke syurga :) Buat Kak Za, terima kasih di atas kepercayaan yang tidak berbelah bagi buat De Classaflora, semoga kita sentiasa dirahmati....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan