Daisypath Wedding tickers

Isnin, 28 Januari 2013

A Bride Inspired: Vintage Garden

September yang amat sibuk, sebulan dalam bulan ini saya tak sempat meninjau facebook mahupun instagram apatah lagi memetik 'key on' laptop, takut terleka di hadapan screen kerana kerja yang bertimbun menanti.  Namun hati sentiasa bersyukur kerana masih tidak leka dengan tuntutan Mu Ya Allah, terima kasih atas rezeki dan berkat rahmat Mu.  Pasti jika bukan dengan izinNya kami tak mampu untuk mengorak langkah setapak demi setapak.

Dewan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS Ampang) masih ramai yang belum tahu, dan team De Classaflora sendiri baru dua kali menjejak kaki ke sini, dan ini kali yang ke dua. Dewan yang boleh di katakan agak luas ini boleh memuatkan lima puluh meja dan harganya juga reasonable.  Dan kali ini kami ditugaskan berkarya dengan warna utama green, white, and gold.  sedikit selitan warna pink menambahkan manis dalam hiasan.

Mengenali si pengantin ini melalui rakannya yang merupakan klien kami.  Cukup senang berkolaborasi dengannya membuatkan kerja kami amat mudah dan berjalan lancar.  Rakan baiknya sebagai 'wedding planner' lebih banyak memberi idea.  dari pelamin nikah, hantaran serta hiasan di dewan semuanya kami buatkan tanpa disktech dahulu designnya dan yang penting menepati tema warna yang ditetapkan 

Majlis Nikah dan mini pelamin di rumah




green grass carpet mengiringi langkah menuju ke pentas
roman pillar di kiri dan kanan beserta spiral tree dan sangkar 'bunga'
Sejenak terlupa ... indoor garden wedding
elemen utama vintage garden
meja makan beradap dihias indah dengan bunga segar
sentuhan warna yang cukup menenangkan
menjamu selera sambil mencuci mata
pelamin tersergam indah
anggur....mencuri tumpuan umum

detailing decorations
vintage touch
champagne, green and ivory!!
flower arrangement
hall decor
Ok... cukup untuk paparan kali ini, thanks to Ina for your kindness and your photo... credit to photographer awak :) thanks jg utk Nana yang sentiasa setia dengan de Classaflora :)

P/s:  tak susah memikirkan majlis anda sekiranya kita temua orang yang betul2 boleh membantu dan tidak mengambil kesempatan... :)

1 ulasan:

  1. Cantiknya deco dewan ni. Boleh saya dapatkan harga pakej tak?

    BalasPadam

Label