' we juz want a simple one, not too messy, not too crowded, clean and sweet....'
Biasanya itulah ungkapan yang keluar dari mulut pelanggan kami tentang pelamin yang diinginkan apabila kali pertama bersua. Tapi bila penghujungnya tiada yang sesimple yang dibincangkan, namun saya tak salahkan mereka kerana kami yang memasangnya turut menokok tambah hiasan tanpa pengetahuan tuan rumah (ala-ala surprise gitu... )
|
2 bling2 stand menceriakan lagi pelamin |
|
Hanging flowerball |
Hemm....Pelamin di atas dimiliki oleh Kartina, pertemuan kami hanya dua kali sebelum majlis pernikahan, idea flower ball di adaptasi dari pencariannya melalui internet, lalu ditunjukkan kepada kami, di gabungkan pula ide ibunya Datin Rogaiyah yang suka pada panel dan rumput hijau. Lalu ide-ide itu kami gabungkan menjadi sebuah pelamin untuk rumah dengan tema colornya 'pink and white'.
Hari yang dinanti kini tiba, 9 Oktober 2010 tarikh pemasangan, kita hanya merancang dan Tuhan yang menentukan, perancangan asal pemasangan dilakukan pada jam 10 pagi tetapi tertangguh hingga ke petang apabila pihak DC sibuk menatahias majlis sebelumnya yang akan berlangsung malam itu, kasihan tuan rumah, pasti risau tapi dengan sikap tenang kami Insyallah semua berjalan lancar.
Rupanya tidak mudah yang disangka membuat pelamin ini kerana 'flowerball' mengambil masa juga untuk menyiapkannya kerana menggunakan bunga segar, selepas selesai membuatnya perlu ditoskan air spannya dahulu agar ia tidak menitik apabila digantung.
Alhamdulillah, pelamin siap dalam jam 1 pagi, agak lewat bagi tuan rumah, pengantinpun sudah masuk beradu, sempat juga saya menyiapkan 7 dulang hantaran dan sementara pelamin dipasang dan suami saya juga sibuk membuat bunga untuk kiri kanan karpet merah.
Pulang dengan kepenatan, namun masih ada 20 bunga centerpiece untuk disiapkan, tatkala orang kanopi masih menunggu meja-meja untuk dipasang. Esok, selepas subuh kami datang lagi, menyelesaikan kerja yang tertangguh di luar, Alhamdulillah, semuanya siap dan berjalan lancar.
|
siap...!! |
|
centerpiece |