Daisypath Wedding tickers

Rabu, 23 Mac 2011

Tradisional/Ala-ala Kesultanan Melayu di Dewan Perdana Felda

Ini antara favorite pelamin saya, walaupun sudah 2 tahun berlalu masih tiada lagi pelamin yang seumpama ini, samada DC buatkan mahupun vendor yang lain, melainkan saya terlepas pandang.
Konsep Merah, Hitam dan Gold satu pemilihan warna yang berani, ghotic namun sesipa yang melihatnya pasti mengakui cantik dan mewahnya pemilihan warna ini. 

Untungnya si pengantin, kerana dari A - Z kakak dan sepupunya sebagai wedding plannernya, mengatur segala janjitemu dan perbincangan tentang konsep ini,  sejujurnya kami tidak rasa tertekan dengan mereka dan perjalanan kerja berjalan dengan lancar sekali. 




Gambar di atas: Pelamin 3 panel
Gambar di bawah: Bunga pahar yang disulam dengan fresh flowers, bunga laluan

Dengan budget yang dinyatakan, kami diberi peluang untuk mereka dan membuat pelamin mengikut konsep dan tema pilihan.  "Tak perlu fresh flowers janji bunga artificialnya mahal dan nampak real"... itu kata-kata kakak dan sepupu pengantin merangkap wedding plannernya.  So apalagi, peluang sudah diberi dan DC tidak mensia-siakannya yang pasti semua berpuashati.


Gambar Atas:  Meja makan beradap/maintable yang dihias indah
Gambar Bawah: walkway (pemandangan dari arch hingga ke pelamin), hiasan dan backdrop meja makan beradap



1 ulasan:

  1. boleh x sy nk tahu pakej perkahwinan yg ditawarkan di sini? sy sgt berminat dgn pelamin konsep tradisional ni. peqa86@yahoo.com (shafiqa)

    BalasPadam

Label