Rabu, 23 Mac 2011

Bali/Jawa...Konsep yang masih menjadi pilihan




It's look great!! Alhamdulillah.... ramai yang memberi komen yang menggembirakan di atas usaha dan kerja kami keluarga DC semalaman.
Pelamin yang berkonsepkan Jawa dan Bali sebenarnya tak perlu teruk direka janji ada kerawang-kerawang yang bercorak tradisional, bunga-bunga yang lebih kepada tropika serta hiasan-hiasan tambahan yang menjurus kepada kebudayaan tradisiaonal serta Jawa.


Bermula dari pintu masuk utama ke dewan (Pandan Indah Lake Club), sudah tersergam indah pintu gerbang yang seragam dengan panel pelamin, tetamu di sambut mesra dengan bentangan karpet merah yang diapit pasu-pasu dihiasi bunga bird of paradise, tuberose, daun mengkuang serta orchid.  Haruman bunga melur turut menggamit mesra tetamu di dalam dewan.




Sireh junjung turut menjadi hiasan utama di hadapan pelamin, melambangkan melayu yang masih berpegang kepada adat sebagai pembuka bicara, selain payung serta batik jawa sebagai hiasan sampingan bagi memeriahkan lagi konsep dan penataan majlis perkahwinan pasangan Anul dan Inaz.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Label