Daisypath Wedding tickers

Rabu, 27 April 2011

BANTING..oh...BANTING

Pengantin: Nor Aziela dan Wan Mohd Najmuddin
Ibu Pengantin: Mesra dipanggil K.Noor
Lokasi:  Kawasan Perumahan di Banting Selangor
Konsep: Garden Wedding
Warna Pilihan: Purple, pink dan putih

Aduhh... jauh rupanya Banting dari KL, itulah kali 2 saya menjejakkan kaki ke Banting, pertama kali ketika meninjau lokasi majlis.  Mujurlah tiada majlis lain pada hari yang sama kalau tak pasti 'patah kaki' dibuatnya.  Anak-anak ku hantar pulang ke kampung meraikan majlis perkahwinan sepupu mereka, maka kamipun mengambil sebuah homestay berdekatan rumah pengantin supaya senang berulang alik, nampak sahaja seperti boleh disiapkan 1 hari, tetapi 2 malam kami berada di sana bagi kerja-kerja pemasangan dan menghias, memandangkan berbagai acara dijalankan oleh tuan rumah... owh ramainya tetamu bagaikan datang ke karnival.. :)

Kami tiba hampir lewat petang, sempat mengatur barang dan memasang basic pelamin di dalam rumah, kami berhenti utk menunaikan perkara wajib (Solat Maghrib), sesudahnya kerja diteruskan sehingga selesai sebelum kami dijemput makan malam.... aduhh..sedapnya, nasi putih, tempoyak masak, masak lemak nangka dan asam pedas...perrghh!!











keesokannya pula sebaik selesai sarapan pagi di gerai berhampiran (nasi lemak yang best!!) kami menyambung semula kerja-kerja seperti menggubah bunga dan membuat hantaran, selesai dalam pukul 12.30 tengahari, kami pulang berehat dan datang semula selepas asar untuk menyiapkan pelamin di bawah khemah untuk majlis berinai. Sehingga waktu maghrib juga kerja-kerja dijalankan dan kami beredar sementara waktu untuk memberi peluang pada majlis tersebut dan datang semula dalam pukul 11.00 malam untuk set-up meja makan beradap (hmm...mujurlah kami bermalam di situ, so tak kisahlah berulang-alikpun)



Keesokan pagi kami datang lagi untuk 'finale touch-up', seperti bunga dan kain pentas di tukar kerana sudah kotak dipijak semalam.  susun atur hiasan juga diubah sedikit berbeza untuk majlis persandingan di siang hari. 





Hati saya sering terdetik.... "orang yang baik, rezekinya sentiasa ada walau di mana"
terima kasih tuan rumah yang meberi layanan yang baik kepada kami...

4 ulasan:

  1. salam akak,
    chanteknya pelamin n all!!
    heart heart heart your work so much!
    keep up the good job! :)

    BalasPadam
  2. Thanks... akan bekerja lebih keras lagi!! :)

    BalasPadam
  3. salam, you and yr team are really good, yr work superb.....kalau boleh tolong email saya quote untuk pelamin simple , wedding bulan Nov ni. TQ
    ysaduri@yahoo.com

    BalasPadam
  4. Yaz, thanks for visit, noted.... Insyaallah nanti akak emailkan, remind akak if terlupa di phone 0123355441 ye...btw datenye bila?

    BalasPadam

Label