Selasa, 22 November 2011

A Great Moment for Bride

Pertemuan 3 kali bersama klien ini tidak mendatangkan sebarang masalah, Kali pertama pertemuan di Wangsa Walk Mall, ke 2 pertemuan di butik DC sendiri dan ke3 di rumah klien itu sendiri, hmm.. sempat beraya bersama bersama anak-anak. Kami diberi tanggungjawab membuat pelamin di rumah berkonsepkan Jawa, tempat Nikah di Masjid berdekatan, serta hiasan di bilk tidur dan tangga selain hantaran. Keesokannya kami memulakan kerja- kerja pemasangan pelamin dan segala dekorasi berkaitan di Dewan Beringin Seri Gombak. Di dewan hiasan lebih menjurus kepada English Garden Concept, memandangkan si ibu yang terlalu menyukai English Concept manakala si Pengantin pula amat sukakan warna merah jambu, maka kerja-kerja pemasangan berjalan dengan lancar sekali....Alhamdulillah. Dengan menggunakan frame yang dipenuhi bunga2 besar di dalamnya, laluan karpet hijau, tunnel arch serta main table yang dihias selari dengan pelamin design. Apa yang menambahkan lagi kecerian dekorasi, kehadiran dessert table dan photo booth sangat comel yang turut kami hiaskan memeriahkan lagi dekorasi dewan.









 



















Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Label