Salam Sejahtera buat semua followers dan pembaca...
Masa berlalu begitu pantas sekali, pejam celik pejam celik dah penghujung May, dan entry saya masih di awal May. Tak terkejar rasanya kalau semua nak dibuat, tapi itulah hakikatnya walaupun rutin harian sudah tercatat di schedule kerja namun masih ada yang belum selesai.Namun saya tetap bersyukur ke hadrat Ilahi atas nikmat rezeki yang diturunkan, kesihatan yang baik serta umur yang masih panjang. Semoga segalanya diberkati aminnn!
Pada minggu pertama May, kesibukan De Classaflora bermula pada hari selasa lagi (kebiasaannya masih boleh relax lagi) namun kerana event pada minggu ini ada 4 event di tempat yang berlainan maka kami harus bersiap sedia awal....(tak pernah dibuat ambil job sebanyak ini), bukan kes tamak menerima kerja tetapi lebih salah informasi.... Alhamdulillah perjalan kerja-kerja pemasangan berjalan dengan lancar dan teratur kerana persedian dibuat awal dan pengagihan kerja yang kemas (namun lepas ni kalau boleh tak nak banyak2...penat!! :))
Majlis ini milik anak bongsu kepada pemilik restoran Ruz Alladin (hmm...terbayang saya nasi briyani dan rendangnya yang sangat sedap berhampiran Ampang Point)... rupa-rupanya kakaknya juga pernah mengambil perkhidmatan kami dan saya sendiri sudah lupa (dah lamalah tu..).. Asal konsep ialah modern tetapi saya namakan Retro apabila supplier kepada kerusi meja serta covernya menggunakan fabric yang bercorak, maka agak tidak sesuai saya namakan modern so...jadilah RETRO.... itu kisahnya... :)
Walkway with roman pillar and green trees |
eh... sibuk pula anak saya berposing dan ini centerpiese beserta gift untuk tetamu
Centerpiece - ostrich feather |
view of hall decorations |
chivari chairs decorations |
maintable decorations
simple pelamin decorations |
p/s:To Hafiz dan Shila, semoga bahagia meniti alam rumahtangga hingga ke hujung nyawa.....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan