Daisypath Wedding tickers

Khamis, 3 Mei 2012

Modern and Elegant in Spirit of Love

Assalamualaikum wbt..

Alhamdulillah, setiap minggu ada sahaja kerja yang hendak dilakukan...tak banyak, sedikit, tak besar, kecil, itu semua adalah rezeki daripadaNya...syukur.

Saya kenal si jejaka ini sejak kami diberikan mandat untuk mendekorasikan majlis perkahwinan abangnya, itu sudah lebih 5 tahun tak silap saya, dan saya kenal pasangannya pula sebagai rakan kepada anak saudara.  Saya ingat lagi konsep terdahulu adalah merah dan putih.  Kebiasaan, kalau dapat buat yang pertama pasti yang seterusnya kami akan diberi kepercayaan, Insyaallah..


 



Sentuhan dekorasi kali ini sedikit kelainan dan tampak moden, dengan backdrop yang putih bersih dan di beri pencahayaan berwarna biru kena dengan tema yang ingin diketengahkan.  Citarasa kedua mempelai kali ini berbeza, maklumlah citarasa arkitek, ingin lari jauh dari penggunaan 'roman pilar' dan structure yang biasa maka pelamin biar nampak simple dan minimalis.




Sedia maklum dengan Dewan Seri Endon Puspanitapuri, dek kerana dewan dan stage yang besar, kami selitkan elimen-elimen silver dan biru, menggunakan 'pillar-pillar' cermin dan silver serta penggunaan vase-vase berair biru dan bunga berwarna putih cukup memberikan impak moden kepada suasana majlis tersebut.


 


 
Majlis tiada bunga pasti tiada serinya, maka penggunaan bunga hydranger, pheleonopsis dan candle leaf memberi sentuhan modern dan elegant, dan setiap meja tetamu juga diletakkan 'floating flowers' dengan vase dan air yang kebiruan.
p/s: Kerja menjadi agak mudah kerana kurang kerja-kerja menggubah namun dewan tetap kelihatan gah walau apa jua sentuhan yang kami cuba zahirkan.  Best bila dapat mencuba sesuatu kelainan... *Bual Mal dan Shahidah...semoga berbahagia hingga ke Akhir Hayat!!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Label