Lama yang tak bercerita, yelah...sudah sebulan, sibuk mengalahkan YB hehe.. padahal May adalah agak free bagi kami namun, sebagai ibu yang bekerja masa saya tidak hanya di tempat kerja tetapi juga di rumah. Jika seminggu masa dihabiskan di kedai maka sudah pasti selepasnya akan saya habiskan bersama anak-anak.
Bercerita tentang anak-anak, teringat saya dengan 3 majlis yang telah kami inspirasikan buat anak bongsu saya dan juga dua lagi majlis harijadi anak klien kami. Semuanya berunsurkan PINK... perempuankannnn.
Minnie Mouse
Lama tidak membuat kenduri kesyukuran dan kebetulan dibuat dalam bulan anak saya dilahir, maka kami bercadang raikan sekali. Memilih konsep Minnie Mouse kerana si comel ini amat gemarkan karektor kartun Disney ini. Memikirkan sekali sekala untuk menyeronokkan anak-anak, saya merancang bersama suami dan rakan kongsi tentang majlis ini. Dan Alhamdulillah, majlis berlangsung dengan lancar, sikecil tak berapa memahami kerana umurnya baru 2 tahun, tetapi kanak-kanak lain cukup enjoy!
Cute Dessert
Dua majlis regular customer kami yang satunya diadakan di Fullhouse Restoran dan satu lagi di rumah klien kami sendiri, dan kedua-dua memilih karektor yang sama, namun kami inspirasikan majlis mereka dengan konsep yang berbeza.
Dessert and candy table
Table deco and centerpiece
Photo booth |
Birthday Cakes
Pink and Green Theme
Photo booth
p/s: How lucky they was!!... semoga kalian membesar menjadi anak-anak yang sentiasa mengenang jasa kedua ibubapa dan menjadi anak yang solehah...Amin...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan