Alhamdulillah.... itulah kalimah yang paling awal terpancul dari mulut saya. Benar sekali kata seorang ustaz..."bila 1 rezeki pergi maka yang datang bukannya 1 tetapi berganda..." Insyaallah... terdetik di hati ingin rasanya berterima kasih kepada insan-insan yang telah menarik diri di saat-saat akhir dan ada antaranya sudah mula membuat persiapan untuk mereka, barangkali itu silap kami tidak mengenakan sebarang deposit bayaran maka sewenang-wenangnya klien mencari ruang lain. hemm... tak kisah, pada saya itu namanya bukan rezeki yang tertulis.
Keputusan melantik kami De Classaflora sebagai pendekorasi untuk Majlis Resepsi Redza dan Irma juga di saat-saat akhir, pada awalnya Datin (ibu Redza) sendiri datang kepada saya dan kemudian perbincangan diteruskan oleh Redza sendiri tatkala Irma sendiri masih berada di Tanah Suci Mekah. Sangat bersyukur, kerana kami sekali lagi diberi kepercayaan, sehingga ada kenalan yang juga merupakan salah satu vendor yang tak kurang hebatnya menyebut.."amboi abang..sapu habis!!" baru saya terperasan, owh...memang rezeki kami :)
Dipendekkan cerita, theme untuk majlis sudah ada maka kami hanya menutup lubang-lubang yang masih kosong sahaja, Redza yang sememangnya arif dalam soal pengurusan sesebuah event lantas dan juga pakar dalam kerja-kerja grafik ini mengeluarkan beberapa pelamin idamannya, lalu menyerahkan kepada kami untuk mengadaptasikannya dengan olahan dan kepakaran yang ada. Tiba harinya kami pasti melakukan tugas yang diamanahkan. dengan hanya 5-6 orang kami bekerja menyiapkan pelamin dan maintable untuk majlis malamnya di Kelab Darul Ehsan Ampang Jaya.
wajah pelamin ...menggunakan warna purple dan gold kerana family members berbaju kuning |
Irma turut membantu kami.... saya suka hubungan begini :) |
sarat dengan hiasan sampingan |
Meja untuk qari memulakan majlis dengan bacaan Al Quran dan biasalah ...bunga
Banting untuk tetamu tuliskan 'wish' diaorang utk pengantin.... apalagi 1 banting tu De Classaflora teamlah yg punya :)
Masing2 dgn gaya tersendiri merakamkan ucapan, bos siap baringkan banting tu...tapi gambar akak? huhu~
Antara hiasan dan kemasan
kerusi untuk vip |
maintable ... ini je yang sempat diambil |
sempat bergambar seusai selesai kerja |
time diaorang posing sempatle snap 2 3 keping untuk simpanan