Sudah sebulan lebih saya tak menulis, September 2012 bulan yang amat sesak buat De Classaflora...Alhamdulillah, rezeki yang datang dariNya sehingga kami tak punya masa untuk diri sendiri dan keluarga, hingga anak ketiga saya yang berumur 5 tahun sendiri merungut.."sudah-sudahlah tu mama dengan papa buat pelamin.." hmm...kasihan tapi September inilah yang perlu menimbus kembali 'lubang-lubang yang terbuka' kerana sebulan puasa kami hanya bergoyang kaki :)
Tatkala Umat Islam masih menyambut lebaran baru-baru ini, raya ketiga kami anak-anak sudah pulang ke KL, ada job seminggu selepas raya. Boleh tahan muncung anak-anak kerana tak puas beraya tetapi kerana itu yang telah dijanjikan.
Sudut katil hiasan dan jualan baju diubah menjadi sudut pelamin |
ruang meja dan rak jualan juga di tutup dan diubah suai menjadikan ruang lebih luas dan selesa |
Majlis pertunangan ini milik seorang yang masih belajar, didatangi kembar dan ibunya di dalam bulan puasa. Memilih tema berwarna ungu dan berlokasikan Restoran Fullhouse di Wangsa Walk Mall, maka kami ubahsuaikan restoran tersebut menjadi seolah-oah ruang bilik tidur yang luas. Jom tengok gambar-gambarnya..
Alhamdulillah...semuanya berjalan lancar, walaupun ketiadaan team yang masih seronok beraya, mujurlah pada malamnya sempat team Little Lovesome membantu dan kami suami isteri dapat menyiapkan dalam masa yang ditetapkan, kerana saya perlu segera ke tempat lain kerana ada tugasan lain pula
Sedikit petikan yang saya 'curi' dari blog kembarnya (hudaninol.blogspot.com/)
Dari hantaran dan pelamin serta hiasan tambahan,rasa begitu syukur jumpa
De Classaflora yg tidak berkira dan handal dalam bidangnya.
Sedikit petikan yang saya 'curi' dari blog kembarnya (hudaninol.blogspot.com/)
Alhamdulilah,segala penat lelah bersama Mama menguruskan majlis Shikin
Ninol dalam masa yang singkat menjadi berbaloi talkala melihat betapa
cantiknya De ClassSaflora membuat hiasan.Tidak sangka pertemuan dari
majalah sempena review perkahwinan Irma Hasmie dan suaminya,membawa aku
bertemu ownernya yang kecil molek Kak Hani.Ternyata De Class Saflora
memang class dalam memenuhi permintaan pelanggannya.Pertama terdetik
dihati bagaimanalah bayarannya?Ternyata Kak Hani dan suaminya terlalu
tolerate.Bahkan tidak seperti yang lain bukan berkata ''Okey bayaran
saya macam ni..bla bla'' Bahkan dia bertanya dengan nada lembut ''Okey
bajet adik berapa?Kita uruskan majlis mengikut bajet
adik''.Alhamdulilah,dengan bajet sederhana De Classaflora berjaya
menghasilkan tema ''White Garden''.Sebenarnya,aku tidak langsung lihat
plan lakaran pelamin.Aku menyerahkan kepercayaan sepenuh nya kepada Kak
Hani untuk mengubah Full House.Pagi itu terlopong mulut melihat hasil
Declassaflora yang memang awesome!
Saya mampu tersenyum membacanya... doa saya agar sejauh mana kami menapak saya tetap seperti ini .. :))
**Note:
Dik... Kak Nanie la... bukan kak Hani :)
-Alhamdulillah jumpa lagi kita di tahun hadapan untuk majlis nikah dan resepsinya ye...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan